bule anakna oreng phebien . HOBI UMPAN BURUNG TERKUKUR ATAU KUKKER - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » HOBI UMPAN BURUNG TERKUKUR ATAU KUKKER

HOBI UMPAN BURUNG TERKUKUR ATAU KUKKER

Written By Unknown on Jumaat, 2 November 2012 | 1:52 PG


Hobi umpan burung terkukur atau kukker



Burung Tekukur ialah sejenis burung merpati yang tergolong dalam famili ColumbidaeBurung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang terbentang dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Ia merupakan spesis yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan jarang yang terbuka, dan tanah ladang.



Burung Tekukur telah dibawa masuk ke kawasan asia tenggara, seperti Malaysia, serta juga ke Indonesia. Di Malaysia, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun.



Rupa Burung Tekukur ialah burung merpati yang tirus, dengan ekor yang panjang. Panjangnya burung ini antara 28 hingga 32 sentimeter (11.2 - 12.8 inci). Bahagian belakang, sayap, dan ekornya berwarna perang pucat, dengan banyak bintik kuning pucat. Dalam penerbangan, burung ini menonjolkan bulu hitam yang dibatasi oleh tepi dalaman yang berwarna kelabu pucat. Warna kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi anak-anak burung lebih suram warnanya, berbanding dengan burung-burung dewasa dan sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika amat muda. 


Kepala dan bahagian bawah burung ini merah muda warnanya, dan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya. Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus. Warna kakinya merah. Burung Tekukur makan biji-biji rumput, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Ia burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang. Burung Tekukur membiak pada sepanjang tahun, dengan sarang-sarang rantingnya biasa didapati di atas pokok, tepi bangunan, atau juga di atas tanah. Burung ini mengeluarkan dua biji telur yang putih dan licau. 









Seperti dengan burung-burung merpati yang lain dalam genus ini, Burung Tekukur tidak begitu suka berkelompok, dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak dan bunyi-bunyi yang tiba-tiba menyebabkannya terbang. Penerbangannya pantas, dengan pukulan kepak yang tetap, dengan sentakan sekali sekala yang mendadak yang pada umumnya merupakan ciri burung merpati






Di sini aku ingin menceritakan dimana orang Bawean yang menetap di Malaysia suka sangat membela burung Terkukur atau kukker. Aku tidak sangka ada orang begitu fanatik bela burung demi mempetahankan hobi, apatah lagi yang menuntut banyak masa, wang dan tenaga. Sebab itu saya tabik kepada sesebuah kampung di Wira Damai Jaya ni. Dia ambil hobi secara serius, sanggup mempertahankan lebih 10 tahun setakat ini, walaupun ia memerlukan wang dan keringat, bahkan air mata. Dari sesudah subuh hingga lepas isyak bahkan setiap hari, jika tiada kerja mereka ini semua luangkan masanya untuk hobinya; pembiakan burung. Senang cerita , mereka ini hidupnya 'main burung,makan burung,tidur burung;Lintasan burung hilang daripada fikirannya hanya ketika dia nyenyak dan mendirikan solat bahkan ada juga yang tidak sempat bersolat hanya kerana burung.Lain daripada itu burung burung burung.....sahaja! 

Kebiasaannya mereka ini umpan burung tidak kira tempat bahkan dengar ura-ura mereka ini sampai merata tempat contohnya ke kuala selangor, johor dan lain-lain lagi.Kadang-kadang demi kerana burung sampai menginap disana sampai berhari-hari demi untuk mendapatkan burung,anda boleh fikir sendiri bila anda menjejaki ke kampung tersebut mustahil kalau tidak melihat sangkar burung,diruang tamu, dapur ,diluar,di depan,di belakang penuh dengan sangkar burung. Mereka ini menghabiskan ratusan ringgit demi memelihara burung, ada juga yang membeli dan membiak burung, ada yang harganya beberapa ringgit sahaja seekor,tetapi ada juga yang harga RM1,000 atau lebih. 

Mereka ini memang pakar tentang burung. Tanyalah apa sahaja cerita mengenai burung semestinya die sahaja yang bercakap sehingga tidak henti-henti burung burung burung........! Burung sahaja yang di ceritakan nama saintifik pun mereka ini boleh ingat macam anda hafal ummul kitab. setakat ini lah yang aku tahu mengenai hobi burung....!!! k baye...heheheh..

Ditulis oleh: hefny amany
Tarikh :21 Januari 2012
Masa: 4:32 ptg





Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]