bule anakna oreng phebien . TOKHELLENNA SIDIK SAMSI HAMPIR 1000 WARIS - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » TOKHELLENNA SIDIK SAMSI HAMPIR 1000 WARIS

TOKHELLENNA SIDIK SAMSI HAMPIR 1000 WARIS

Written By Unknown on Khamis, 17 Januari 2013 | 11:51 PG



TOKHELLENNA SIDIK SAMSI HAMPIR 1000 WARIS





HAMPIR 1,000 orang saudara-mara yang terdiri daripada anak, cucu serta cicit daripada generasi kedua, ketiga dan keempat pasangan Allahyarham Sidek Arshad dan Allahyarham Samsi Abdul Lasik mengadakan pertemuan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Cempaka dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.

Allahyarham Sidek Arshad dan isterinya adalah antara penduduk awal kota Kuala Lumpur.

Mereka berdua berhijrah dari Tanah Seberang ke Kampung Semarang di Kuala Lumpur pada awal 1900-an. Kawasan itu sekarang ialah tapak Medan Mara di sebelah Kompleks Pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Isteri Allahyarham Sidek Arshad dan anak-anaknya kemudian berpindah dari Kampung Semarang ke Kampung Pandan yang terletak beberapa kilometer dari situ setelah Kampung Pandan dibuka pada 1963 bagi memberi laluan kepada pembinaan Jalan Kuching. Jalan Kuching dibina di tapak asal Kampung Semarang yang terletak di kedua-dua belah Sungai Gombak di tepi kawasan yang kini menempatkan Kompleks Pertama.

Allahyarham Sidek meninggal dunia pada 1946 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang manakala isterinya disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Keramat selepas meninggal dunia 33 tahun kemudian.

Pasangan itu mempunyai 13 orang anak tetapi kini hanya dua orang yang masih hidup iaitu Basar Sidek, 71, dan Zubidah Bakar, 60 tahun (anak seibu).

Allahyarham Sidek dan isterinya berasal dari Kampung Sokaleyla dan Kampung Sempurlanas di Pulau Bawean, Indonesia.

Pada majlis nostalgia yang penuh ceria itu, kedua-dua anak Allahyarham Sidek yang masih hidup melancarkan laman web rasmi keluarga mereka iaitu http://beam.to/tokelen. Alamat e-mel keluarga itu ialah
tokelen@yahoogroups.co.uk turut dilancarkan dalam acara itu.

Antara cucu Allahyarham Sidek yang turut hadir ialah penyanyi malar segar, Datuk Yusni Hamid dan seniman tanah air, Aziz Satar.

Majlis itu juga diserikan dengan pameran foto-foto lama serta persembahan multimedia daripada koleksi foto klasik keluarga. Sebahagian ahli keluarga besar itu mempersembahkan dendangan nasyid, sketsa dan pertunjukan kebudayaan.

Pertemuan bermakna itu diakhiri dengan sesi fotografi seluruh ahli keluarga bagi diabadikan dalam album keluarga Tokelen Sidek Samsi.

Mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham berdua sila hubungi wakil keluarga Sapari Mohd Sani di talian 019-2162259.








Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]