bule anakna oreng phebien . PENEMPATAN ASAL ORANG KUDUK-KUDUK DI MALAYSIA - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » PENEMPATAN ASAL ORANG KUDUK-KUDUK DI MALAYSIA

PENEMPATAN ASAL ORANG KUDUK-KUDUK DI MALAYSIA

Written By Unknown on Sabtu, 19 Januari 2013 | 12:30 PG




PENEMPATAN ASAL ORANG
 KUDUK-KUDUK DI MALAYSIA



                                             Masyarakat Kuduk-Kuduk di malaysia




Ditulis oleh : Hefny amany
Media : Kuduk-Kuduk Channels



Gombak Jumaat/19 Januari 2013. Salam kepada semua warga bawean yang berada dimana pun kita berada. Admin Kuduk-Kuduk Channels telah meluaskan perkembangan didalam setiap tempat dimana orang bawean tinggal.

Terlaksananya Media Kuduk-Kuduk Channels maka orang bawean dimanapun telah mendapat informasi terkini mengenai masyarakat kuduk-Kuduk di Malaysi amnya.

Mengikut cerita asalnya penempatan orang Kuduk-Kuduk di Malaysia adalah di perkampungan Pasar Rabu iaitu pada tahun 1965 di kampung Pandan. Kerana arus zaman yang makin maju, Kerajaan mengarahkan supaya masyarakat yang menduduki setinggan disitu berpindah kerana penempatan itu ingin di bangunkan.

 Setelah mendapat arahan, maka Masyarakat Kuduk-Kuduk mengikut arahan dengan segera mengosongkan kawasan itu dan berpindah secara beransur-ansur. Mereka terpaksa berpindah dan mencari tapak lain untuk di jadikan penempatan baru untuk didiami dengan lebih selesa dan tiada ganguan lain.

Kebanyakan mereka telah berpindah kesuatu tempat yang sangat strategik contohnya seperti Datuk Keramat, Keramat Permai, Bukit Angkasa, sungai Way, Wira Damai,Gombak,Ulu kelang, sungai Buloh dan banyak lagi. 

Penempatan Baru mereka lebih kurang sama seperti di kawasan Kampung Pandan iaitu membeli sebidang tanah dan ada yang menyiwa tanah dari penduduk disitu. Setelah sekian lama tinggal di kawasan itu lebih kurang 5 tahun hingga 7 tahun, Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Menteri besar Dato seri Mohd Khir Bin Mohd Toyo telah membuat satu gerak kerja yang dinamakan Stinggan Sifar iaitu pada tahun 2000.

Disebabkan Stinggan Sifar itu, maka mereka terpaksa sekali lagi berpindah ketempat lain tetapi mereka kebanyakan membeli dan menyiwa sebuah flat (rumah bertingkat). Ada di kalangan mereka yang mendapat rumah ganti iaitu seperti Masyarakat Kuduk-Kuduk yang tinggal di Sungai Way telah di pindahkan kerumah Flat di kawasan Lembah Subang.

Ada segelintir masyarakat Kuduk-Kuduk yang menetap lebih 20 tahun di Malaysia kini telah membuat permohon sebagai Warganegara Malaysia dan ada juga yang tidak ingin menukar statusnya kerana ada sebab-sebab tertentu. Pandangan mereka, kenapa perlu menukar kewarganegaraan kerana banyak yang perlu di fikirkan dengan keselesaan hidup di negara orang serta senang mencari pekerjaan dan jika ada apa-apa senang membuat urusan." katanya."

Rujukan terbaru oleh Media Kuduk-Kuduk Channels, Khabarnya ada diantara penempatan yang belum di usik sampai sekarang ialah seperti di Sri Gombak. "Katanya lagi, Ke akrapan penduduk disitu dengan ketua kampung telah membuat kawasan itu selamat sehingga sekarang. Ada lima keluarga Masyarakat Kuduk-Kuduk yang tinggal di kawasan disitu dan  yang lainnya orang Menang dan orang tempatan.

Sri Gombak, Tmn Bolton dan Wira Damai adalah satu-satunya perkampungan yang dihuni mejoriti melayu waktu dahulunya tetapi kini ketiga-tiga kawasan ini telah di huni oleh orang luar iaitu pendatang dari Indonesia, Myanmar dan Banglades. Mereka semua ini telah menyiwa perumahan disitu dari orang tempatan.

Mengikut cerita Bpk. Salehan, kampung Sri Gombak adalah tempat dimana Masyarakat Kuduk-Kuduk berkumpul. Segala kegiatan-kegiatan kemasyarakatan mengenai kampung Kuduk-Kuduk akan dibuat di kampung itu kerana mengikut mereka kawasannya sangat sesuai dan strategik.'katanya".

Masyarakat kuduk-Kuduk cukup berbangga sekali kerana ada penempatan seperti itu, dimana segala kegiatan seperti Sambutan Maulidurrasul, Perjumpaan Masyarakat Kampung serta Majlis perkahwinan pun di buat di kawasan tersebut.-sumbar/Kuduk-Kuduk Channels









Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]