bule anakna oreng phebien . HARI KELUARGA AOP DI PORT DICKSON - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » HARI KELUARGA AOP DI PORT DICKSON

HARI KELUARGA AOP DI PORT DICKSON

Written By Unknown on Jumaat, 21 November 2014 | 12:40 PG


HARI KELUARGA AOP DI PORT DICKSON



Kuala Lumpur - Hari keluarga Anak Oreng Pebien (AOP) pada tahun ini (2014) telah diadakan di pantai teluk kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Awal perjalanan kami berkumpul di stasen minyak Petronas Ulu Kelang dengan menaiki 2 buah bas dan selebinya masing-masing menaiki kereta.

Antara rakan-rakan AOP yang hadir mengikuti hari keluarga adalah sahabat dari Gombak, Ulu Kelang, Keramat, Sungai Buloh, Damansara, Kuang, Segambut, Ampang dan Balakong. Kami bertolak dari Kuala lumpr lebih kurang pukul 8:00 pagi dan sampai pada pukul 10:00 pagi. Rakan AOP dari Sungai Buloh bertolak secara berasingan kerana ramai yang menaiki kereta tetapi sampai ke destinasi lebih kurang masa yang sama.





Kami tidak menghadapi masalah semasa dalam perjalanan cuma banyak motosikal yang menghala ke Port Dickson waktu itu. Sampainya kami disana sekitar jam 10.00 pagi dan ketua kami atau pihak penganjur seperti Azroy dan Arie Salim telah sampai dahulu dari kami kerana mereka bertolak awal dari kami iaitu sekitar jam 7.00pagi. Mereka bertolak awal kerana untuk menyediakan alatan-alatan yang akan di guna dalam permainan nanti. Setelah semua selesai berehat, masanya kami berkumpul membuat barisan dulu sebelum main sukanika serta dengan di berikan taklimat oleh ketua acara iaitu saudara Arie Salim yang telah menyediakan segala peralatan sound sistem untuk acara dari pagi hinggalah kepetang.





Ada beberapa rakan telah di bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu seperti kumpulan Lato, Kempang, Tongkol dan Lolobhu. Setiap kumpulan diberikan rayban pelbagai warna iaitu warna Hijau, Merah, Oren dan Biru. 



Acara-acara yang dimainkan pada masa itu adalah seperti:

1) Memindahkan Hulahop
2) Lari dalam guni
3) Mumia
4) Orang utan
5) Trompah gergasi
6) Ambil bola pimpong
7) Tarik tali

Pihak AOP yang mendapat peruntukan dari Persatuan Bawean Malaysia sebanyak RM1,920 sebagai wang seguhati kerana telah membantu dan merealisasikan acara-acara yang dianjurkan PBM selama ini sejak empat tahun lalu hinggalah yang terakhir di Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 baru-baru ini.



Alhamdulillah dengan mendapat bantuan dari PBM kami boleh gunakan duit itu dengan membuat satu progrem yang berfaedah dengan mengumpulkan beberapa rakan yang menjadi petugas di event PBM dan selebihnya di buka kepada sahabat yang lain kerana ada satu bas  kosong memang dikhaskan kepada mereka yang ingin turut sertai."kata Azroy.



Mengikut rakan kami yang kami temui, semua permainan memang seronok dan happening sekali. Pihak penganjur iaitu Azroy mengatakan, insyaallah jika mendapat respon yang sama seperti hari ini, kami akan adakan hari keluarga seperti ini tahun hadapan. "Jelas Azroy.


Tepat jam 4.30 petang kami semua pun bersurai dari teluk kemang, Port Dickson. Waktu perjalanan pulang jalan amat sesak dari teluk kemang sampailah ke tol Port Dickson kerana ramai budak motor di tengah jalan dan di bahu jalan. Alhamdulillah tepat jam 7.00 petang kami sampai ke Kuala Lumpur dengan cuaca yang gelap kerana menghampiri waktu malam.






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]