bule anakna oreng phebien . LIKU-LIKU SI PENJUAL AIS KRIM - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » LIKU-LIKU SI PENJUAL AIS KRIM

LIKU-LIKU SI PENJUAL AIS KRIM

Written By Unknown on Jumaat, 31 Oktober 2014 | 5:31 PTG

LIKU-LIKU SI PENJUAL AIS KRIM




Jumaat / 30 Oktober 2014 - Menahan lapar dan dahaga di kala menjalankan tugas sebagai seorang pedagang ais krim spesial yang hanya di miliki oleh seorang yang bernama Hj Wari. Aku mencari belukar yang lapang untuk mencari sesuap nasi demi untuk menyara keluarga di rantauan. Itulah mungkin luahan Hj. Wari saat mula-mula ingin membuat bisnes sebagai seorang penjual ais krim.

Dahulunya bekerja sebagai buruh kasar atau bahasa pasarnya " pekerja kontrek" mengikut saudaranya. Dalam beberapa tahun beliau bekerja, beliau telah diberhentikan oleh majikannya kerana mungkin kurang memuaskan dalam kerjanya." ujar pak wari.

Bekerja sebagai kontrek sangat letih, penat lelah dengan dugaan panas dan hujan tidak dihiraukan. Sambil bekerja kontrek, dalam hati Hj. Wari telah mendapat ilham untuk membuat satu kerja yang jarang di buat oleh orang Bawean waktu ketika itu. Lalu beliau mengambil besi-besi di tempat kerjanya dan dibawa pulang kerumah. Kemudian besi-besi itu di olah untuk di jadikan penghadang dan alas agar boleh di lekatkan di basikalnya."jelasnya.

"Satu ilham yang ada di fikirannya waktu itu, ingin berdagang ais krim."

"Katanya lagi. Pada awal perniagaannya, beliau menjual ais krim berjaja dengan menggunakan basikal pada tahun 1984. Setiap hari Hj. Wari dengan mengayuh basikal pergi kesetiap penempatan orang Bawean dan tidak mengira jauh atau dekat semata-mata supaya jualannya laris.

Beberapa tahun jualannya bertambah laku dan saat itu terfikir untuk menukar kendaraan lain agar lebih cepat dan boleh sampai kemana-mana. Lalu Hj. Wari membeli kendaraan iaitu sebuah motosikal 4 lejang dan dengan motosikal itu, Hj Wari mengubah suai motosikalnya supaya ianya boleh menampung dua tong ais krim setiap hari untuk dibawa keserata tempat."Jelasnya lagi.

"Katanya, Sekarang alhamdulillah sudah 30 tahun berdagang ais krim, sampai kini masih dikejar-kejar oleh pelenggannya yang setia. Hampir tiap minggu Hj Wari menerima pesanan di setiap kenduri perkahwin dan jelasnya lagi tadi untuk hari ahad ini pada 26hb Oktober 2014 saja ada tiga tempat tempahan untuk di hantar iaitu ke Taman Melati, Kg. Pandan dan ke Bukit belacan.

Berikut adalah perbualan Wartawan KKC dengan Bapak Hj. Wari di kedai makan Mps berhampiran Kg. Nakhoda, Batu Caves. Pada mulanya, wartawan kami hanya terserempak dengan Hj. Wari yang sedang berhenti di kedai kesukaannya seperti gambar dibawah.Hampir setengah jam berbual-bual bersama Hj. Wari sementara menunggu pesanannya.

Kalau anda mahu tau, Hj. Wari tidak suka makan ayam dan katanya lagi, kalau makan ayam badannya akan merasa menggigil. Makanan kesukaannya nasi putih beserta sup daging dan airnya pula tea'O suam seperti yang anda lihat di bawah. Kalau tengahari pula Hj. Wari suka makan masakan Minang sebab makanan Minang banyak sayurnya dan enak."Katanya.

//Itulah perbualan wartawan kami saat berjumpa dengan bpk Hj. Wari. Semoga Hj. Wari di panjangkan usia dan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Amin.




Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]