KYAI BAJURI YUSOF TELAH PULANG
KERAHMATULLAH
Innalillahi Wainnah Ilaihi Rojiun
BAWEAN - Berita sedih buat kita semua sebagai warga Bawean tidak kira dimana juga anda berada. KKC baru sahaja menerima berita yang menyedihkan dari Media Bawean mengenai KH. BAJURI YUSUF yang telah meninggal dunia.
KH. BAJURI YUSUF adalah seorang Pengasuh Pondok Pesantren Hasan Jufri Lebak. Beliau telah meninggal dunia pada pukul 5.30 ptg tadi (3 September 2014) di Rumah Sakit Umum Daerah Dr. Soetomo Surabaya.
Semoga amal ibadahnya diterima disisi-Nya dan mendapat ampunan dari Allah SWT.
Allahyarham Kyai Bajuri telah selamat dikebumikan.
Alhamdulillah acara pengkebumian Kyai Bajuri telah selamat siang tadi dengan dihadiri pelbagai lapisan masyarakat Bawean. Jenazah di bawa ke Bawean dengan menaiki kapal KMP GILI IYANG yang besar kerana lautan Jawa dan Bawean agak membimbangkan dengan gerakan ombak. Tibanya di Bawean sekitar jam 5.00-6.00 waktu Bawean.
Dari darmaga jenazah diangkut menggunakan kereta khusus yang didatangkan dari Jawa. Jenazah terus dihantar ke pondok pesantrian dimana tempat beliau mengajar untuk dipersembahkan kepada anak murid dan orang ramai. Tetamu yang menunggu kehadiran jenazah dianggarkan 5ribu orang.
Mohon doa seluruh warga Bawean tidak kira dimana anda berada agar arwah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan bersama2 orang yang masuk syurga. Aminnnn

Tiada ulasan:
Catat Ulasan