bule anakna oreng phebien . SAMBUATAN RUMAH TERBUKA PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » SAMBUATAN RUMAH TERBUKA PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA

SAMBUATAN RUMAH TERBUKA PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA

Written By Unknown on Rabu, 27 Ogos 2014 | 1:12 PG

SAMBUATAN RUMAH TERBUKA PERSATUAN BAWEAN MALAYSIA



SELASA / 26 Ogos 2014 - Sambutan rumah terbuka (PBM) Persatuan Bawean Malaysia bertempat di Sg. Pencala pada hari sabtu lalu telah bermula sekitar jam 3.00 ptg hingga jam6.00ptg.
Sambutan rumah terbuka ini turut diserikan dengan persembahan Qasidah 'Ya Hanana' iaitu kumpulaan Ikkomah yang di datangkan khusus dari Segambut.

Pemberitahuan rumah termbuka ini telah di war-warkan di laman sosial Facebook AOP sejak dua minggu lalu supaya pihak tuan, puan, adik, abg serta kakak dan saudari, saudara semua dapat hadir dalam majlis itu.



Mengikut Abang Azroy".Memang tidak ada surat pekeliling dikeluarkan kerana kesuntukan masa dan masing2 sibuk. Cukup dengan hanya laman Facebook sahaja untuk kita sebarkan oleh anak serta rakan-rakan yang lain kepada Masyarakat Bawean di Malaysia ini.

Mengikut Azroy". Majlis rumah terbuka ini mimang sengaja dibuat pada hari sabtu untuk mengelakan bertembung dengan majlis2 perkahwinan atau majlis2 lain kerana ramai masyarakat Bawean selalu membuat acara pada hari ahad, jadi dengan iniseatif ini pihak PBM dengan sebulat suara mengadakan Sambutan pada hari sabtu.

Kami di Media Kuduk-Kuduk Channels sebagai perantara ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiaran anda semua. Mohon maaf juga jika ada ketelanjuran kata-kata atau hidangan yang kurang memuaskan dalam majlis itu.

Kami di KKC berharap sangat sokonglah persatuan kita dan majukan persatuan kita untuk tunjukkan masyarakat dan budaya kita kepada rakyat Malaysia.-KKC

















Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]