bule anakna oreng phebien . SAMBUTAN MAULUD NABI OLEH WARGA BAWEAN DI BALAKONG 2014H - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » SAMBUTAN MAULUD NABI OLEH WARGA BAWEAN DI BALAKONG 2014H

SAMBUTAN MAULUD NABI OLEH WARGA BAWEAN DI BALAKONG 2014H

Written By Unknown on Isnin, 10 Februari 2014 | 10:51 PG


SAMBUTAN MAULUD NABI OLEH WARGA BAWEAN DI BALAKONG 2014H





Selasa / 28 Januari 2014 - Warga Bawean Balakong minggu kelmari mengadakan sambutan Maulidur rasul penuh gilang gemilang dengan pertama kalinya masyarakat disana membuat sambutan seperti ini, seperti sambutan masyarakat di Bawean adakan walaupun berada di negara orang. 

Mengikut apa kata encik Enol Hasnol, kebiasaannya masyarakat di sana hanya mengadakan sambutan dengan mengangkat jajan di dulang-dulang tetapi tahun ini mereka membuat kelainan sedikit dengan menyambut seperti ala tradisi di Bawean.


Mejoriti penduduk flat di sana adalah didominasi oleh warga Bawean Padang Jambu dan mereka disana adalah penduduk asal bagi kawasan balakong dimana dahulunya hanya rumah setinggan yang disaluti papan sahaja sehingga lah penempatan itu di bangunkan sebagai sebuah rumah flat.


Hampir 95% penduduk flat disana adalah warga Bawean di mana kawasan itu adalah kawasan rumah asal mereka sejak dahulu lagi dan setiap rumah yang duduki sekarang diatas nama anak mereka sendiri dimana mengikut undang-undang Malaysia, anak berstatus warga negara yang berumur 21 tahun keatas layak untuk membeli rumah.

Pada sambutan Maulidur Rasul tahun ini juga, pihak kawasan flat telah mengadakan progrem hiburan keramaian sebelah petangnya.

Hiburan keramaian ini juga telah diisi dengan sedikit permainan iaitu seperti pertandingan tarik tali, sukan nika kanak-kanak dan yang paling mencabar adalah pertandingan memanjat pinang yang menjadi permainan tradisi bagi masyarakat Bawean tidak kira dimana pun mereka berada untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun sekali.

:: Info dari halisa damia dan enol hasnol penduduk perumahan flat Balakong disana. 



EDISI BERGAMBAR













Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]