bule anakna oreng phebien . SAMBUTAN MAULIDURRASUL BAGI MASYARAKAT KUDUK-KUDUK BAWEAN DI MALAYSIA TAHUN 2014H - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » SAMBUTAN MAULIDURRASUL BAGI MASYARAKAT KUDUK-KUDUK BAWEAN DI MALAYSIA TAHUN 2014H

SAMBUTAN MAULIDURRASUL BAGI MASYARAKAT KUDUK-KUDUK BAWEAN DI MALAYSIA TAHUN 2014H

Written By Unknown on Isnin, 10 Februari 2014 | 10:41 PG


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BAGI MASYARAKAT KUDUK-KUDUK BAWEAN DI MALAYSIA TAHUN 2014H




Alhamdulillah....
Bersyukur kita kehadirat Allah SWT. Kerana diberikan Rahmat dan hidayah dimana majlis kami semalam telah diberi kesenangan dan kelancaran.


Terima kasih kepada masyarakat kami warga Kuduk-Kuduk diMalaysia kerana telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama hadir dalam majlis semalam iaitu Majlis Maulud Nabi S.A.W.


Kami anak muda beserta Media Kuduk-Kuduk Channels turut berbesar hati sekali kerana masyarakat kami dapat membuat majlis seperti ini dan terima kasih kepada Ketua-ketua masyarakat beserta Ajk-ajknya. 


Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana anda semua telah bertungkus lumus dan sanggup mengorbankan jiwa raga anda semua semata2 untuk majlis ini.

Terima kasih juga kepada para petugas kerana telah menjalankan tugasnya dengan baik dari hari sabtu hingga semalam tidak putus-putus untuk menjalankan tugas.


Kalau tidak kerana tuan puan semua, apalah yang kami ada dan juga apalah yang kami mampu untuk lakukan seperti ini sebagai warga masyarakat.

Kami dipihak anak muda akan taat setia dan akan sentiasa berbakti bila diperlukan serta akan bekerja sebaik yang mampu untuk masyarakat yang kami cintai ini.-Media KKC






EDISI BERGAMBAR




















Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]