bule anakna oreng phebien . DR USTAD SAHWAM BIN YUSUF TELAH PULANG KERAHMATULLAH - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » DR USTAD SAHWAM BIN YUSUF TELAH PULANG KERAHMATULLAH

DR USTAD SAHWAM BIN YUSUF TELAH PULANG KERAHMATULLAH

Written By Unknown on Isnin, 10 Februari 2014 | 10:18 PG


DR USTAD SAHWAM BIN YUSUF TELAH PULANG KERAHMATULLAH




Isnin / 13 January 2014-Innalillahi wainna ilaihi rajiun....malam td dengar berita ini dari sahabat di sana di Bawean mengatakan saudara kita ini telah meninggal. 

Berita yang dihantar sekitar jam 12 mlm tadi yang di hantar oleh Rijal Jalud dari Bawean Kuduk-Kuduk, telah memeranjatkan hati saya adakah ianya benar.

Dr Ustaz Sahwam Bin Yusuf warga Kuduk-Kuduk, dengan menarik nafas dengan bacaan bismilla.... baru saya sedar ianya benar belaka. Subhanallah berita ini telah menjadikan kutak lena tidur sampailah jam 2 pagi. Beliau meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu Ahmad Yani, Halik, Haniff, Titin dan Yasir.

Dengan pemergian arwah, kampung kita perlu melahirkan pengganti seperti dia yang banyak membantu warga kami sebagai ustaz dan guru agama. Curahan ilmu yang telah di curahkan kepada anak2 kita warga Kuduk-Kuduk di Bawean selama beliau hidup amat bermakna sekali.

Semoga dengan kerja keras dan curahan ilmu beliau sepanjang hidup di dunia ini menjadi jalan perintis untuk anak2 warga kita untuk menjadi sepertinya dan mencontohi baik hati beliau yang telah beliau curahkan selama ini.

Semoga arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan semoga allah menempatkan arwah bersama2 para ulamak2 di syurga.Aminnnn..

:: terima kasih Rijal Jalud kerana telah memberi info langsung dari Dusun Kuduk-Kuduk Bawean.










Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]