MEETING UNTUK MESYUARAT AGUNG WARGA KUDUK-KUDUK DIMALAYSIA BAGI TAHUN 2014
Isnin/30 Disember 2013-Berita pagi, Mesyuarat yang dibentangkan oleh ketua masyarakat semalam telah mendapat persetuajuan oleh semua ajk2.
Mesyuarat agung masyaratak Kuduk-Kuduk Bawean di Malaysia bagi tahun 2014 akan diadakan pada:
Hari : Ahad
Tarikh : 31 Januari 2014
Masa: 9.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : Perkampungan masyarakat Kuduk-kuduk di lorong siantan, taman industri bolton, sri gombak.
Mengikut apa kata paklora kita semalam, anak muda baik lelaki atau perempuan di kehendaki menghadirkan diri pada mesyuarat agung kali ini.
Pak lora juga menyarankan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun yang sudah bekerja di wajibkan hadir dan orang tua masing2 perlu menasihati dan menyeru agar mereka datang pada mesyuarat tahun ini.
Yang merasa mereka anak keturunan warga Kuduk-Kuduk perlu menghadirkan diri jgn bila ada perkahwinan atau kesusahan baru tonjolkan diri."kata Lora semalam.
Perkara seperti ini tidak wajar berlaku kepada anak-anak kita, jangan hanya mementingkan diri konon lahir di malaysia tidak mahu ikut serta dalam hal kemasyarakatan." kata pak lora lagi.
Ada sesetengah anak muda yang kurang berpuas hati mengenai kompang dan segala progrem kamasyarakatan warga kuduk-kuduk kenapa selalu dibuat di gombak, maka di mesyuarat agung ini lah tempat anda untuk bersuara dan bentangkan segala amarah anda disini jangan hanya pandai cakap di luar.
Di mesyuarat agung nanti sesiapa sahaja bebas untuk anda bersuara. Keluarkan apa yang anda semua tidak puas hati.
Pak Lora berkata, cadangan dan agenda yang akan dibentangkan pada mesyuarat tahun ini adalah mengenai isu menaikkan akhirat kematian, kenaikan kemalangan dan rayuan pihak masyarakat di Bawean yang menginginkan parkir masjid. Itu tajuk utama yang akan di usul pada mesyuarat nanti.
*Semoga segala progrem yang akan dilakukan nanti akan berjalan dgn lancar dan mendapat keredaan allah.Aminn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan