bule anakna oreng phebien . MAHALI JASULI DAPAT DURIAN RUNTUH - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » MAHALI JASULI DAPAT DURIAN RUNTUH

MAHALI JASULI DAPAT DURIAN RUNTUH

Written By Unknown on Isnin, 30 September 2013 | 3:37 PTG

Mahali jasuli dapat durian runtuh







Majlis kesyukuran telah diadakan dirumah Mahali Jasuli pada hari jumaat malam sabtu 27 Septmber 2013 untuk pemindahan ke pasukan yang baru iaitu Kelab Johor Darul Takzim. Kebanyakan yang hadir adalah pemain-pemain bola sepak Gelam baik yang remaja atau yang veteran turut diundang pada majlis itu.




Ramai anak muda Gelam di Malaysia telah memenuhi perkarangan rumah Mahali yang baru siap dibina awal tahun lepas yang bertempat di Selayang Baru. Mahali yang berketurunan Bawean Gelam telah menjadi Ikon anak muda dalam masyarakatnya kerana beliau satu-satunya anak muda yang telah menjadi pemain bola sepak Selangor dan telah menjadi pemain utama untuk menyarung jersi Malaysia.


Mengikut apa kata Ending, (nama samaran) Mahali telah menjadi pencetus anak muda Gelam untuk bangkit dan lebih focus kepada bidang sukan terutama bola sepak supaya lebih ramai anak muda masyarakatnya menjadi sepertinya.


Majlis kesyukuran diadakan kerana beliau telah mengikat perjanjian dengan kelab JDT untuk musim hadapan. Mahali yang telah ditawarkan dengan gaji lumayan oleh kelab JDT bagi mengisi benteng kanan yang sering bolos akan mendapat gaji bulanan sebanyak RM100 ribu sebulan. Mahali adalah pemain kental di benteng pasukan Selangor, telah menarik perhatian kelab JDT.

Sejumlah besar pemain Selangor dilaporkan telah mendapat tawaran lumayan untuk meninggalkan Merah Kuning termasuk pemain veteran yang sinonim dengan mereka iaitu Amri Yahya.-KKC


Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]