SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W. OLEH MASYARAKAT KUDUK-KUDUK BAWEAN DI MALAYSIA
Ditulis Oleh : Hefny Amany
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Gombak / 09.02.2013- Alhamdulillah sambutan Maulidur Rasul
tahun 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya
dengan kerjasama semua pihak terlibat. Syabas kepada Masyarakat kami di
malaysia dan semua pihak yang bertungkus lumus merealisasikan sambutan kali
ini.
Maulud Nabi atau kelahiran Rasullullah SAW diraikan tiap-tiap tahun oleh Masyarakat kami Kuduk-Kuduk Bawean di Malaysia bagi memperingati peristiwa bersejarah tersebut. 12 Rabiulawal
bukan sahaja mengenang peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, malah yang lebih
besar pada tarikh tersebut untuk terus dikenang adalah perjuangan Baginda dalam
membina tamadun umat Islam bersama para sahabat.
Kecintaan dan ketaatan kepada Rasulullah SAW adalah dituntut
dalam agama Islam. Justeru itu, umat islam berlumba-lumba mengekspresikan rasa
kecintaa kepada Baginda mengikut syarat dibenarkan dalam usaha mendapat syafaat
Baginda.
Justeru, sempena hari bermakna, Masyarakat kami Kuduk-Kuduk di
Malaysia mengadakan Sambutan Maulidurrasul bagi sama-sama mengingati Rasulullah
SAW.
Pada siang harinya, Masyarakat Kuduk-Kuduk di Malaysia membuat
progrem kekah dengan menumbangkan 2 ekor lembu bagi memeriahkan sambutan
maulidurrasul kali ini. Masyarakat Kuduk-Kuduk di Malaysia bergotong royong
bersama kaum ibu untuk memeriahkan sambutam Maulidurrasul dengan menyajikan
juadah-juadah untuk malam nantinya. Acara ini telah menjadi teradisi masyarakat
kami di Malaysia sebagai simbul menyambut kedatangan kelahiran Baginda
Rasulullah SAW.
Pada malam harinya, Sambutan Maulidurrasul Tahun 1434H/2013M
telah dimulakan oleh ustad Abdul Fatah sebagai pembawa acara pad majlis dan dengan
di susuli bacaan berzanji beramai-ramai oleh masyarakat kami
Acara kedua dendangan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang di
bawa khusus dari kajang telah dibaca oleh adik kita Shila dan program seterusnya
iaitu yang ketiga sambutan bacaan selawat yang bawa oleh saudari Maimanah.
Tiba masanya rogram seterunya yang keempat ucapan alu-aluan dari
ketua Masyarakat Kampung Kuduk-Kuduk di Malaysia telah disampaikan oleh Bapak
Salehan yang telah menjadi tunjang dalam masyarakat dalam program sambutan
malam Maulidurrasul ini.
Tidak ketinggalan jemputan khusus iaitu Datuk Hj. Aziz bin
Satar selaku Presiden Bawean Malaysia (PBM) telah memberi kata-kata aluan
kepada masyarakat kami disini. Beliau adalah undangan pertama datang ke majlis
Malam Maulidurrasul beserta ketua-ketua (PBM) lainnya dan tidak ketinggalan
Pengerusi Anak Oreng Pebien (AOP), Abang Azroy juga turut hadir dalam program malam
Maulidurrasul pada tahun ini.
Datuk Hj. Aziz bin Satar memainkan peranan menjadi platform
menggabungkan usaha-usaha murni bagi masyarakat Bawean di Malaysia khususnya untuk
membantu umat islam di Palestin dengan melancarkan Tabung Bersama Rakyat Palestin
di malam Maulidurrasul yang bertempat di Taman Industri Bolton, Gombak.
Acara terakhir ialah ceramah khas Maulidur Rasul yang di
bawa oleh Kyai Hj. Ach. Humaidi MZ yang di terbangkan khusus dari dari Surabaya,Indonesia. Kyai Hj.
Ach. Humaidi MZ telah memberi tazkirah berkaitan kasih sayang dan cinta Baginda
terhadap umatnya sehingga penghujung hayat Baginda dan menceritakan bersempena sambutan Maulidur Rasul yang
diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi
kehebatan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar
Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia
timur dan barat.
Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang
yang suka menghubungkan silaturahim, menolong orang yang dalam kesusahan,
membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.’katanya”.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah
Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan
peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan
masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w dan
seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupan kerana baginda adalah teladan
terbaik.‘ Katanya lagi”.
Para hadirin juga turut sama-sama berkongsi ilmu melalui
ceramah yang disampaikan oleh Kyai Hj. Ach. Humaidi MZ dan sambutan ini
diakhiri dengan bacaan doa.
Sambutan Maulidurrasul kali ini, kehadiran masyarakat kami
sangat menggalakkan dianggarkan lebih 300 warga Kuduk-Kuduk di Malaysia hadir.
Mungkin kali ini ramai yang hadir kerana kehadiran Seniman Malaysia iaitu Datuk
Hj. Aziz bin Satar yang Aslinya anak jati Bawean yang mungkin membangkitkan
kehadiran masyarakat kami pada malam tempoh hari.
oleh: Media Kuduk-Kuduk Channels
Edisi Bergambar:
GAMBAR BESAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan