ORANG MALAYSIA NGOLELENG PHEBIYEN
Ditulis oleh: Hefny Amany
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Tarikh:17.11.2012
Teradisi
Ngoleleng terlihat ramai pada hari kedua Lebaran. Saat itu ribuan warga Pulau
Bawean ngoleleng menaiki sepeda motor dan roda empat (ekkol). Mereka dimulakan
dari rumahnya masing-masing kemudian ngolelengi dan melalui Jalan Lingkaran
Bawean (JLB). Dalam perjalanan mereka selalu berhenti saat bertemu dengan
kerabat, saudara, teman atau orang yang dikenal.
PEMANDANGAN DARI JAUH
DI SEKOLAH SMP NEGRI SANGKAPURA
Seperti mana
di Malaysia, mereka berhenti kerumah-rumah saudara terdekat dan sahabat handai
untuk bersilaturrahim serta bermaaf-maafan di Hari Raya Aidil Fitri. Mereka
berhari raya tidak bersendirian, mereka bersama keluarganya serta bersama
rakan-rakannya. Setelah habis mengunjungi saudara mara serta sahabat handai,
Warga Bawean di Malaysia mengakhiri Hari Raya dengan mengunjungi tempat-tempat
menarik seperti di Port Dickson yang terutama sekali kerana di sana ada Lato
(rumpai Laut), Pulau Pangkor dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik. Desa
Water park( Sungai Besi) paling ramai ialah warga Menara (kalompek) tiap-tiap
tahun mereka mesti ada di sana. Lain pula di bawean, Warga Bawean mengakhiri
Hari Raya dengan mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Danau Kastoba, Kebun
Rusa, Jherat Lanjheng , Pantai Bayangkara, Lalajher, Talaghe dan lapangan
terbang Bawean.
NAIK EKKOL BAHAGIAN
ELER BE'ENGAN KUDUK-KUDUK
Ngoleleng
Pulau Bawean juga dimanfaatkan warga Bawean untuk singgah disuatu tempat yang
dianggapnya cocok untuk makan bersama keluarga dengan membawa bekalan
secukupnya dan ada yang berbekalkan uang sahaja. Warga Pulau Bawean menikmati
suasana liburan bersama keluarganya dan rakan-rakan mereka hanya setahun sekali
iaitu pada Hari Raya sahaja. kerana Mejoriti Warga Bawean di malaysia
kebanyakannya pulang ke kampung halaman terutama sekali kebanyakan pada Hari
Raya.
PERJALANAN MENUJU
KEDESTINASI BERIKUTNYA
AKU MENGIKUTI ROMBONGAN ORENG ELER BE'ENGAN
Dengan
kehadiran Warga Malaysia ia juga
menggamatkan lagi suasana di Kampung halaman untuk bercuti atau mengunjungi
sanak saudara kerana mereka pulang membawa uang atau oleh-oleh dari malaysia. Itulah kehebatan
Pulau Bawean yang tidak ada dinegeri lain.
-kkc
-kkc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan