ORANG BAWEAN DI ERA 2000
Di Lembah Klang, ramai orang Bawean membina penempatan di
kawasan Ampang, Gombak, Balakong dan juga Shah Alam. Mereka membeli tanah
dengan cara berkongsi dan membina rumah seperti rumah-rumah teres.
Di Gelugor, Pulau Pinang terdapat sekurang-kurangnya 2
keluarga besar orang Bawean. Mereka menggunakan bahasa Melayu dialek Pulau
Pinang untuk bertutur dengan orang bukan Bawean.
Menurut www.ethnologue.com di Singapura terdapat kira-kira
14,292 orang Bawean (anggaran tahun 1985). Tetapi hanya 900 sahaja yang boleh
berbahasa Bawean.
Anak-anak mereka yang lahir di Malaysia telah menjadi warga
Malaysia. Ada yang berjaya memasuki universiti tempatan.
Perantau-perantau yang datang dari tahun 90-an ada yang
telah menerima status penduduk tetap, namun masih ramai yang memohon untuk
menjadi warga Malaysia yang penuh kemakmuran ini.
Orang Bawean terkenal dengan kemahiran membuat bangunan dan
rumah. Ada juga yang menjadi usahawan kecil seperti sub-kontraktor pembersih
bangunan dan peniaga runcit.
Orang Bawean dan Orang Madura
Walaupun Bahasa Bawean dan Bahasa Madura mirip serta Bawean
merupakan salah satu daripada suku Madura, berdasarkan pengalaman penulis
bersama Orang Bawean, budaya dan adat mereka berbeza dengan Orang Madura. Orang
Bawean juga kurang gemar dikenali sebagai Orang Madura kerana perbezaan
tersebut.
Budaya-Budaya Orang Bawean
Kercengan
Kercengan biasanya dipersembahkan sewaktu Majlis Perkahwinan
masyarakat Bawean. Masyarakat Madura menggunakan nama kercengan sebagai Hadrah.
Penari akan diletakkan sebaris atau dua barisan. Pemain
kompang dan penyanyi duduk di barisan belakang. Lagu-lagu yang diperdengarkan
adalah lagu-lagu selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Pemain kercengan terdiri
daripada lelaki dan perempuan. Kercengan dipersembahkan pada waktu malam
sebelum majlis persandingan berlangsung keesokan harinya.
Zamrah
Seperti juga kercengan, zamrah juga dipersembahkan pada
Majlis Perkahwinan di hadapan pengantin yang sedang bersanding serta tetamu
yang sedang makan. Penari zamrah terdiri daripada gadis-gadis muda yang
memegang alat muzik tamborin atau kerceng ditangan. Lagu-lagu zamrah dinyanyikan
oleh penyanyi lelaki atau wanita dengan lagu-lagu berunsur keagamaan dan
nasihat. Alat muzik yang digunakan pula adalah kompang dan kongga, ada juga
yang telah menggunakan alat muzik moden seperti 'keyboard'.
Cukur Jambul
Bayi yang telah genap usianya 40 hari akan disambut dengan
Majlis Kesyukuran bercukur jambul. Adat ini sama seperti adat orang Melayu dan
Jawa. Bacaan berzanji bersama paluan kompang meraikan bayi yang akan dicukur
kepalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan