BAWEANKU
Masyarakat Melayu Melaka dan Malaysia lebih mengenali Boyan dari Bawean dan pada pandangan mereka orang-orang Boyan merupakan mereka yang rajin bekerja dan sanggup membuat kerja kasar seperti pemandu kereta atau tukang kebun (kephun dalam bahasa Bawean).
Orang-orang Bawean merupakan satu kelompok kecil
sebahagian dari masyarakat Melayu yang
berasal dari Pulau
Bawean yang terletak di Laut Jawa antara
dua pulau yang besar iaitu Pulau Borneo di utara dan
Pulau Jawa di
selatan.
Orang Bawean dan orang Melayu adalah berasal dari satu rumpun yang
sama iaitu rumpun Melayu dan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara orang
Melayu dengan orang Bawean kerana tidak ada perbezaan warna kulit, mempunyai
persamaan agama iaitu agama Islam dan
kerana asimilasi mereka dengan masyarakat Melayu.
Sukar bagi menentukan tarikh yang tepat kedatangan
orang-orang Bawean ke Melaka kerana tidak ada bukti dan dokumentasi sejarah
mengenai kedatangan mereka. Kedatangan mereka tidak dicatatkan oleh mereka
sendiri dan oleh tokoh-tokoh sejarah.
Bermacam-macam pendapat telah diberikan
namun untuk mencari tarikh yang tepat tidak dapat dibuktikan. Pendapat pertama
mengatakan bahawa ada orang yang bernama Tok Ayar telah datang ke Melaka pada
tahun 1819 dan pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa tahun 1824 dapat
dikira sebagai satu tarikh sudah adanya orang Bawean di Melaka iaitu sewaktu
penjajahan Inggeris di
Melaka.
Pendapat yang ketiga pula mengatakan sudah ada orang Bawean di Melaka
sebelum tahun 1900 dan pada tahun itu sudah ramai orang Bawean di Melaka.
Tarikh ini dirasakan lebih selamat dari tarikh yang disebutkan di atas.
Pertempatan masyarakat Bawean adalah di kawasan bandar dan
kawasan yang berhampiran dengan bandar seperti di Kampung Mata Kuching, Klebang Besar, Limbongan,Tengkera dan kawasan sekitar Hospital Besar Melaka.
Jarang terdapat
orang Bawean yang tinggal di kawasan-kawasan yang terlalu jauh dari bandar dan
jumlah orang Bawean yang terdapat di Melaka dianggarkan tidak melebihi seribu
orang.
Terdapat persamaan
perlakuan antara orang Bawean dengan orang Melayu terutama dari aspek agama dan
pengalaman magis sebagai salah satu daripada unsur kebudayaan mereka. Orang
Melayu mengamalkan ilmu-ilmu magis yang dimanifestasikan oleh pawang, bomoh dan
dukun. Begitu juga penggunaan ubat guna-guna.
Persamaan latarbelakang budaya
menyebabkan mereka mudah menyesuaikan diri dengan cara hidup orang-orang Melayu
apabila mereka merantau ke Semenanjung Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan