bule anakna oreng phebien . NASI GHULUNG ASAL PULAU BAWEAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » NASI GHULUNG ASAL PULAU BAWEAN

NASI GHULUNG ASAL PULAU BAWEAN

Written By Unknown on Sabtu, 3 November 2012 | 12:25 PTG


Nasi Ghulung asal Pulau Bawean

                           





Ada yang membuat aku terkesan mungkin ianya agak aneh tetapi ia kenyataan. Mungkin ada warga bawean yang lahir di Malaysia tidak mengatahiu atau pun tidak tahu bahawa Orang Bawean ada nasi tersendiri. Mungkin kamu tak menyangka kalau gambar di atas adalah makanan yang enak rasanya. Emmz… enak sangat… itulah yang namaya Nasi Ghulung (Gulung) khas dari Bawean.

Baweannnnnn.........??? mana tuh Bawean? Bawean adalah salah satu pulau di Indonesia terletak sebelah utara Sebelahan Lamongan, Jawa Timur. Meskipun secara geografi pulau ini lebih dekat dengan kabupaten Lamongan, Bawean masuk wilayah kabupaten Gresik. 

Kebanyakan warga di pulau tersebut merantau ke perbagai daerah, diantaranya, Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, Brunai, bahkan sampai ke Eropah dan Amerika.

Merantau merupakan hal yang tak asing bagi masyarakat pulau tersebut. Nah, dulu, kerana jarak sangat jauh dan menempuh perjalanan yang sangat panjang.

Mereka menggunakan perahu untuk menuju daerah tujuan dilalui berhari-hari bahkan berminggu-minggu, orang-orang Bawean membawa bekal yang boleh bertahan agak lama serta dapat mengenyangkan (maklumah Zaman duhulu belum ada makanan bertin atau yang di awet).  Akhirnya Nasi Ghulung ini menjadi alternatifnya.

Istilah Nasi Gulung ini digunakan kerana memang Nasi tersebut dibungkus dengan daun pisang dengan cara digulung. Cara membuatnya cukup mudah, hampir sama dengan membuat lontong.

Beras dibungkus dengan daun pisang dengan cara melipat kedua sisinya, lalu digulung dan diikat dengan tali yang dibuat dari pohon bambu (buluh). Direbus sehingga ia masak, dan nasi gulung siap disajikan. Penyajian nasi ini biasanya ditambahkan dengan serunding dan ayam kampung gendang atau ikansebagai lauknya."Itulah dia Nasi ala Bawean'.

Jarang kita dengar tetapi masih ada orang yang berketurunan bawean yang masih membuatnya.k bye....hihihihi.-kkc














Share this article :

2 ulasan:

  1. Nasek ghulung lalambek tak ngotee...kamma mak tadek oreng seaghebeiii...

    BalasPadam
  2. Kerana para sahabat membede sengakomena sila komen disini ya...jgn takut Admin OK punya..

    BalasPadam

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]