bule anakna oreng phebien . KENAPA DENGAN BAHASA MALAYSIA - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » KENAPA DENGAN BAHASA MALAYSIA

KENAPA DENGAN BAHASA MALAYSIA

Written By Unknown on Sabtu, 1 Disember 2012 | 2:29 PG


KENAPA DENGAN BAHASA MALAYSIA





Hairan bukan Melayu kurang fasih bahasa Malaysia


"SAYA adalah warga Indonesia keturunan Cina. Saya telah berada di Malaysia sejak awal tahun ini bagi mengikuti pengajian di sebuah universiti swasta.

Apa yang mahu saya kemukakan ialah rasa hairan terhadap kemampuan berbahasa ibunda di kalangan rakyat Malaysia daripada kalangan bukan Melayu.
Aneh melihat warganegara Malaysia sendiri yang lahir dan dibesarkan di negara ini masih tidak fasih dan kurang lancar menggunakan bahasa Malaysia.Lalu saya bertanya mengapa jadi begitu? Di mana salahnya? 


Dalam hal ini, saya cukup berbangga menjadi warga Indonesia yang walaupun dari rumpun bukan Melayu atau Jawa tetapi penguasaan bahasa kami sama sahaja.Jika anda tidak memandang muka kami dan hanya mendengar suara menerusi telefon, mungkin anda akan merasakan bahawa kami adalah keturunan Melayu Indonesia atau Jawa. Saya percaya dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah Indonesia sejak merdeka, adalah cukup baik kerana dapat menyatukan warga Indonesia secara kental menerusi bahasa.


Seperkara lagi yang mengganggu 
fikiran saya ialah sebahagian rakyat Malaysia tidak mempunyai rasa bangga untuk bertutur dalam bahasa Malaysia. Di kalangan orang Melayu, mereka lebih suka bertutur bahasa silang campur seperti Malaysia-Inggeris (bahasa rojak).


Di kalangan bukan Melayu pula, mereka lebih suka bertutur bahasa ibunda mereka atau bahasa Inggeris.Pada saya, inilah realiti yang melingkari masyarakat majmuk Malaysia. Penyatuan menerusi bahasa kelihatan masih jauh daripada nyata. Semoga sesuatu dapat dilakukan supaya bahasa nusantara yang indah ini tidak diabaikan dan lenyap berlalu bersama arus globalisasi. 


Sungguhpun saya daripada etnik Cina tetapi saya berbangga bertutur bahasa Indonesia dengan penuh penghayatan. Begitu pun, ia tidak menghakis sedikitpun kemampuan dan rasa cinta terhadap bahasa ibunda saya. 

Begitu juga etnik Cina di Thailand, Filipina dan Vietnam yang fasih bahasa negara itu walaupun mereka tetap memelihara bahasa ibunda masing-masing. Apa makna menjadi warganegara jika kita malu untuk bertutur dan menguasai bahasa tanah air yang menaungi kita?



Sempena menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56, renungkanlah hakikat ini.
-BUDI HARTONO (LIM SIA KIM)






Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]