PERTANDINGAN PERDANA KERCENGAN BAWEAN ANJURAN PBM DAN AOP DI SEKOLAH ISLAM ANTARABANGSA
Ditulis Oleh : Hefny Amany
Media : Kuduk-Kuduk Channels
Gombak/1 Mei 2013 - Kercengan adalah satu persembahan budaya masyarakat Bawean yang di sampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
biasanya mempunyai penyanyi empat orang paling sikit pun dua orang dalam setiap
persembahan.

Kercengan menjadi satu seni tradisional paling digemari masyarakat Bawean. Ia wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung- kampung dan di pinggir desa.
Perkataan kercengan datangnya dari kombinasi Samman. Kercengan membawa maksud pukulan kompang, tarian beramai-ramai dan nyanyian lagu-lagu berunsur keislaman mengikut rentak tertentu.
Mengikut cerita orang-orang dulu, kercengan ini pada asalnya
adalah Samman dan penarinya hanya dilakukan oleh orang lelaki sahaja. Setelah hampir
beberapa tahun, persembahan Kercengan ini telah menjadi fenomina masyarakat
bawean di Malaysia dan terkini telah menjadi satu cabang kesenian diminati
golongan belia dan remaja.

Baru-baru ini, sampai ke kemuncaknya, Pertandingan Perdana Kercengan Bawean 2013 yang diadakan di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak anjuran Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dengan sokongan dari Anak Oreng Pebien (AOP) dan pasukan yang menyertai pertandingan kercengan ini seramai 12 kumpulan. Pertandingan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ini turut disaksikan oleh Seniman Agung Datuk Aziz Bin Satar selaku sebagai presiden PBM.
Lebih manis apa bila kumpulan Kercengan Zainul Ummah dari
Taman Mulia Jaya, Ampang telah muncul sebagai pemenang yang pertama kali
diperkenalkan di Malaysia.
Pemenang pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak
RM1500.00 dan pemenang yang kedua dari kumpulan Kercengan Darul Ehsan, kampong
Paya Jaras Hilir, mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1200.00.
Tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM900.00 oleh Kumpulan kercengan
Nuruz Zaman dari Taman Setia ,Balakong.
Setiap peserta yang kalah dalam pertandingan itu turut
menerima wang tunai RM100.00 setiap kumpulan sebagai wang seguhati.
BERIKUT ADALAH NAMA-NAMA KUMPULAN YANG IKUT BERTANDING
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
/Pimpinan -Ust. Mardifi / Ust. Hashim
/Pimpinan - En. Burhan
*WAHDATUL UMMAH dari Kg. Wira damai Jaya, Batu Caves
*NUR AL AFTWA dari
USJ 3, Subang Jaya
/Pimpinan-Hj. Isyak
/Pimpinan - En. Ubaitillah
/Pimpinan - En. Rahim
/Pimpinan - Ust. Supaat
/Pimpinan - Ust. Sanwari
/Pimpinan-En. Aswadi
/Pimpinan - En. Abd Hamid
*ZAINUL UMMAH dari Taman Mulia Jaya, Ampang
/Pimpinan - En. Saifuddin dan En. Sulaiman
/Pimpinan - En. Sulaiman

Aspek penghakiman yang utama:
1) Keyunikan persembahan
2) Kretiviti gerak persembahan-Potensi untuk dimajukan
keperingkat nasional
3) Kreativiti paluan kompang
4) Busana
5) Kreativiti gubahan lagu

"Mengikut apa kata Azroy lagi. Mengenai penjurian, untuk pengatahuan umum. Tiga hari sebelum pertandingan di mulakan, pihak penganjur telah memanggil semua ketua-ketua peserta kumpulan yang mengikuti pertandingan kercengan untuk membuat cabutan nombor giliran dan selain itu juga mereka semua telah di beri penerangan lengkap mengenai sistem pertandingan nanti.
"Selain itu juga, pihak penganjur telah memperkenalkan juri-juri kepada setiap ketua kumpulan untuk pertandingan dan semua ketua-ketua kumpulan telah bersetuju serta menyokong seratus peratus pemilihan juri yang telah kami jemput. Mesyuarat telah diadakan di Pondok Pakalongan, Keramat. Katanya".
"Azroy kata lagi. Pihak penganjur telah memilih juri dari (Aswara) Akademi Seri Suara Malaysia, dari kesenian dan kebudayaan serta dari Istana Budaya, mereka adalah juri yang bertauliah dan telah dilantik untuk menjadi juri pada hari tersebut di Pertandingan Perdana Kercengan Bawean 2013 dan pihak juri pun bersetuju menjadi juri pada pertandingan itu.
"Segala persoalan yang berbangkit, adakah mereka faham dan mereka tahu dengan kebudayaan Bawean itu tidak timbul kerana telah dipersetujui oleh semua kumpulan pada mesyuarat tempo hari." kata azroy. Sekian.
-Media Kuduk-Kuduk Channels

PERSEMBAHAN SELINGAN
SELAWAT QASIDAH KUMPULAN AL-SUBHAN DARI KG. KAYU ARA DAMANSARA
SENI KERCENGAN ASLI KUMPULAN ALIFUL SATTAR DARI KG. PAYA JARAS DALAM

EDISI BERGAMBAR
PETUGAS-PETUGAS DARI AOP EVENT PERTANDINGAN PERDANA KERCENGAN BAWEAN 2013
ACIK RONCOT & MEDIA KUDUK-KUDUK CHANNELS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan