bule anakna oreng phebien . BILA BERCERITA KETURUNAN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » BILA BERCERITA KETURUNAN

BILA BERCERITA KETURUNAN

Written By Unknown on Jumaat, 30 November 2012 | 8:18 PTG




BILA BERCERITA KETURUNAN


Ditulis Oleh: Djoko
Tarikh: 30 November 2012


 Kisah aku semasa dalam persekolahan dulu di Setapak.

Tempoh hari ada Cikgu aku yang berbincang mengenai latar belakang pelajar. Melihat bagaimana ia boleh mempengaruhi perilaku dan nilai seseorang pelajar di dalam kelas. Ya, mungkin teori-teorinya mungkin boleh digunakan. Mungkin juga tidak relevan.

Ngilu juga aku hari tu. Bila dia mengeluarkan kenyataan, "ya orang-orang keturunan Boyan terkenal dengan sikap rajinnya. Tapi mereka adalah pendatang."

Pedih aku terbayang mesti ada yang anggap mak bapak aku datang ke Malaysia menaiki bot. Berasak-asak menyelinap di balik semak-semak. Berkerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah malam-malam dengar lagu dangdut koplo.-Haish....

Dalam kelas aku, aku anggarkan. Cuma ada sekitar 3 orang yang berketurunan Boyan. Aku, Si Mamat dan Aisyah . Aku yakin mereka pun berdenyut jugak dalam hati.

Sedikit terluka sebenarnya bila masih ada yang menganggap orang yang berketurunan Boyan ini masih lagi pendatang biarpun sudah punya kad pengenalan serba 'canggih' warna biru. Tapi perkara ni aku tak ambil kisah sangat sebenarnya. Cuma sekadar nak berkongsi. Tentang pandangan orang lain terhadap mereka yang berketurunan Boyan.

"Sebelum tu, ada juga seorang kawan dari Pantai Timur yang mengatakan kepada aku, "Sebenarnya saya seram jugak nak kawan dengan awak. Orang kata, orang Boyan ni banyak ilmu (hitam)."Pulak.


Hmm....... Tak kisah lah orang nak anggap aku apa sekali pun. Aku tak rileks je. Cuma kadang-kadang sedih jugak. Macam-macam rupanya orang anggap orang Boyan ni. Macam lah orang Boyan ni hina sangat. Ada pulak yang samakan keturunan Boyan kat Malaysia ni sama je macam yang kat Indonesia sana. Tapi, kalau ada ciri yang sama pun, aku kisah apa. Hina sangat ke orang Indonesia berbanding dengan orang Malaysia? Kenapa? Geli eh? Dah, tu. Bagus sangat ke orang Malaysia ni?


Yang kau terlalak dengan ring tone lagu-lagu Indonesia tak geli pulak? Berkaraoke bagai nak tercabut anak tekak nyanyi lagu Radja tak apa pulak? Tak jijik lah pulak? Cis. Takkan melayu hilang di dunia konon. Hang Tuah tu pun entah ke mana. Orang kata dia pergi pasar lepas tu tak balik-balik sampai hari ni. Sudah la Hang Tuah. Nak tunggu kontrek ribu-ribu la tu." luahan ku di dalam hati.




Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]