bule anakna oreng phebien . Kuduk-Kuduk Channels

Latest Post

TIAP HARI MINGGU, ADA SAJA ANAK ORANG BAWEAN KAHWIN

Written By Unknown on Khamis, 7 Mei 2015 | 12:31 PG

TIAP HARI MINGGU, ADA SAJA ANAK ORANG BAWEAN KAHWIN






PANGANTENNA ORENG PHEBIEN NENGGHELLEK RAMME ONGGHU
KKC// Bennyak pangantenna oreng PHEBIEN nengghellek eMalaysia. Ekera-kera kabule dari kanca-kanca sengapload ghemper epesbuk, bede men sabelles panganten oreng Phebien phei nengghellek seang phei. Kateppaan akhir taon kalaben kanak-kanak cuti sekolla opphek, thetthi arepphuk-repphuk aghebei panganten.
Ampang /1
Balakong /1
Kuang /1
Sg Buloh /1
Sg Cincin /1
Sg Kertas /2
Sri Gombak /1
Selayang /1
Segambut /1
Rawang /1

Ento se, ecatat kabule kawasanna oreng phebien seaghebei kalakoan panganten mengken are. Ahad - 14 Desember 2014 oreng Phebien setojuk eMalaysia. Thetthina sanape oreng oreng Phebien sebede eMalaysia men ecampor kalaben anak ben cucuna. kera-kera nakpak ghi men mensajuta oreng bawean yang ada di malaysia./-KKC






BAWEAN MUSIM TANAM PADI

BAWEAN MUSIM TANAM PADI

Gresik -Di Bawean kini musim tanam padi. Selepas menerima hujan lebat minggu lepas sehingga membanjiri seluruh kawasan di Bawean, kini tiba masanya warga Bawean untuk meneruskan pekerjaannya menanam padi.
Warga Bawean masih aktif untuk menjalankan tugasan harian masing-masing setelah hujan membadai kawasan sawah minggu lepas dengan semua anak padi yang warga bawean tanam mati kerana di hanyut arus air.-laporan bawean./











KEJOHANAN BOWLING AOP 2014

Written By Unknown on Jumaat, 21 November 2014 | 1:40 PG

KEJOHANAN BOWLING AOP 2014 



KUALA LUMPUR - Dentuman pin yang bersepah kerana di hambat oleh bola yang berat dan keras tandan bermulanya PERTANDINGAN BOWLING AOP TAHUN 2014. Sekali lagi Anak Oreng Phebien akan bertemu lagi di pertandingan bowling yang akan di mulakan pada akhir tahun 2014 iaitu bersamaan bulan Disembar ini. Lain tak bukan, pertandingan ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama bangsa Bawean. Lokasi pertandingan Bowling pada tahun ini akan di adakan di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sebagai penghubung pertemuan remaja Bawean di Malaysia.

Hari : Ahad
Tarikh : 28 Disember 2014
Masa : 12.00 Thg Hari - 4.30 petang
Lokasi : Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Tahun ini juga ada 26 pasukan kesemuanya yang akan mengikuti pertandingan untuk merebut piala pusingan. Antara piala yang dipertaruhkan dalam kejohanan bwling AOP 2014 nanti adalah:

Individu Lelaki
-Juara
-Naib Juara
-Ke-3

Individu perempuan 

-Juara
-Naib Juara
-Ke-3

Kumpulan
-Juara
-Naib Juara
-Ke-3
-Kumpulan paling unik


Kepada kumpulan yang telah mendaftarkan pasukan, sila buat bayaran selewat-lewatnyanya minggu hadapan pada 23/ 12/ 2014. Sila serahkan nama dan bayaran pada tarikh tersebut danjika gagal berbuat demikian penyertaan kumpulan anda akan di gantikan dengan kumpulan yg dlm mode 'standby'. Harap maklum.-oleh Azroy Manaf sebagai pengerusi Anak Oreng Phebien (AOP).



HARI KELUARGA AOP DI PORT DICKSON


HARI KELUARGA AOP DI PORT DICKSON



Kuala Lumpur - Hari keluarga Anak Oreng Pebien (AOP) pada tahun ini (2014) telah diadakan di pantai teluk kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Awal perjalanan kami berkumpul di stasen minyak Petronas Ulu Kelang dengan menaiki 2 buah bas dan selebinya masing-masing menaiki kereta.

Antara rakan-rakan AOP yang hadir mengikuti hari keluarga adalah sahabat dari Gombak, Ulu Kelang, Keramat, Sungai Buloh, Damansara, Kuang, Segambut, Ampang dan Balakong. Kami bertolak dari Kuala lumpr lebih kurang pukul 8:00 pagi dan sampai pada pukul 10:00 pagi. Rakan AOP dari Sungai Buloh bertolak secara berasingan kerana ramai yang menaiki kereta tetapi sampai ke destinasi lebih kurang masa yang sama.





Kami tidak menghadapi masalah semasa dalam perjalanan cuma banyak motosikal yang menghala ke Port Dickson waktu itu. Sampainya kami disana sekitar jam 10.00 pagi dan ketua kami atau pihak penganjur seperti Azroy dan Arie Salim telah sampai dahulu dari kami kerana mereka bertolak awal dari kami iaitu sekitar jam 7.00pagi. Mereka bertolak awal kerana untuk menyediakan alatan-alatan yang akan di guna dalam permainan nanti. Setelah semua selesai berehat, masanya kami berkumpul membuat barisan dulu sebelum main sukanika serta dengan di berikan taklimat oleh ketua acara iaitu saudara Arie Salim yang telah menyediakan segala peralatan sound sistem untuk acara dari pagi hinggalah kepetang.





Ada beberapa rakan telah di bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu seperti kumpulan Lato, Kempang, Tongkol dan Lolobhu. Setiap kumpulan diberikan rayban pelbagai warna iaitu warna Hijau, Merah, Oren dan Biru. 



Acara-acara yang dimainkan pada masa itu adalah seperti:

1) Memindahkan Hulahop
2) Lari dalam guni
3) Mumia
4) Orang utan
5) Trompah gergasi
6) Ambil bola pimpong
7) Tarik tali

Pihak AOP yang mendapat peruntukan dari Persatuan Bawean Malaysia sebanyak RM1,920 sebagai wang seguhati kerana telah membantu dan merealisasikan acara-acara yang dianjurkan PBM selama ini sejak empat tahun lalu hinggalah yang terakhir di Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 baru-baru ini.



Alhamdulillah dengan mendapat bantuan dari PBM kami boleh gunakan duit itu dengan membuat satu progrem yang berfaedah dengan mengumpulkan beberapa rakan yang menjadi petugas di event PBM dan selebihnya di buka kepada sahabat yang lain kerana ada satu bas  kosong memang dikhaskan kepada mereka yang ingin turut sertai."kata Azroy.



Mengikut rakan kami yang kami temui, semua permainan memang seronok dan happening sekali. Pihak penganjur iaitu Azroy mengatakan, insyaallah jika mendapat respon yang sama seperti hari ini, kami akan adakan hari keluarga seperti ini tahun hadapan. "Jelas Azroy.


Tepat jam 4.30 petang kami semua pun bersurai dari teluk kemang, Port Dickson. Waktu perjalanan pulang jalan amat sesak dari teluk kemang sampailah ke tol Port Dickson kerana ramai budak motor di tengah jalan dan di bahu jalan. Alhamdulillah tepat jam 7.00 petang kami sampai ke Kuala Lumpur dengan cuaca yang gelap kerana menghampiri waktu malam.






LUASKAN KUASAMU PBM DI BAWAH PANJI AOP

Written By Unknown on Jumaat, 31 Oktober 2014 | 5:56 PTG

LUASKAN KUASAMU DIBAWAH 
PANJI AOP



Kuala Lumpur - Aop pencetus kebangkitan anak muda Bawean di Malaysia seiring dengan kemajuan era globalisasi yang kian maju. Aop atau nama agungnya Anak Oreng Pebien telah menjadi tarikan kepada anak-anak keturunan Bawean yang ada di dalam Malaysia khudsusnya.


Laman sesawang facebook umpamanya menjadi nadi dalam krektor ini untuk mengumpul seberapa banyak keturunan orang Bawean di bawah panji AOP. Sebagai sebuah group yang terunggul dalam beberapa banyak group yang berstatus nama Bawean, hanya group AOP sahaja yang menjadi tarikan dalam kalangan bangsa Bawean di Malaysia.

Kami bukan membodek dan bukan untuk membanggekan AOP, tetapi ini kenyataan di mana kami telah mengkaji sejak beberapa tahun yang lepas bermula dari tahun 2012. Group AOP telah diwujukan pada 2010 dan hingga kini group AOP telah mengumpul peminat seramai lebih 10 ribu sahabat. Ini bermaksud, hanya group ini sahaja yang mampu untuk memperjuangkan anak orang Bawean yang ada di Malaysia.

Memang banyak keperitan dan tanggung jawab yang perlu di tempuh untuk mengendali group ini. Group AOP bukan sahaja di pegang oleh seorang tetapi ia juga di tunjang oleh beberapa ramai orang di bawahnya mengikut kawasan. Motive AOP ini diwujudkan adalah untuk:

1. Memartabatkan Jati Diri Masyarakat Bawean
2. Mengekalkan Tradisi dan Kebudayaan Masyarakat Bawean
3. Berinteraksi & Merapatkan Hubungan Silaturrahim sesama bawean

Group Aop menjadi tonggak PBM (Persatuan Bawean Malaysia) untuk kehadapan dalam merealisasikan segala agenda. AOP telah menjadi tunjang di bawah PBM sehinggakan PBM sendiri mati tanpa AOP. Sejak beberapa tahun lalu, group AOP telah menjadi nadi bagi PBM untuk berkembang maju dalam menaikkan Persatuan Bawean Malaysia setanding dengan bangsa lain yang ada di Malaysia ini.

Pencetus AOP iaitu Pak Lora atau Azroy sendiri telah dilantik dalam keanggotaan PBM sebagai setiusaha kerana beliau telah banyak berjasa dengan kebangkitan PBM dalam beberapa tahun ini. Berharap dengan adanya AOP dan PBM dapat lagi berkembang maju kehadapan dengan mengangkat nama Bawean setanding dengan bangsa-bangsa lain.

PBM memerlukan sokongan dari anda semua untuk terus bangkit. Hanya dengan hadir kesetiap progrem PBM tanpa mendaftarkan diri sebagai ahli PBM kurang berkesan. Sebagai orang yangt berketurunan dan anak orang Bawen, anda semua perlu menjadi ahli di dalam PBM supaya persatuan anda bangkit kehadapan. Tanpa sokongan dari anda PBM tidak dapat bergerak kerana kekurangan ahli.

Bagaimana kita hendak menunjukkan bangsa kita kepada kerajaan, kalau keahlian atau persatuan tidak mendapat sokongan. Maka dari itu, kita tekadkan semangat untuk menjadi ahli di dalam PBM. 

Bangsa kita dari dulu hingga sekarang ini belum ada kemudahan, belum lengkap dari segi tempat seperti dewan Bawean atau secara ringkasnya rumah persinggahan untuk orang Bawean. Maka justru itu, ayuh rakan di AOP ramai-ramai berdaftar dan menjadi ahli PBM.

Persatuan PBM tidak bermakna tanpa sokongan dan ahli dari anda semua. Dengan adanya persatuan adalah untuk mengetengahkan segala pandangan, cadangan serta aduan dari anda semua

Akhir kata sebagai warga Bawean marilah kita bersama memberi sokongan kepada PBM dan AOP sebagai pencetus kebangkitan bangsa Bawean yang ada di Malaysia.

#AOPUNTUKSEMUA
#AOPSELAMANYA


KUMPULAN KERCENGAN MOSTOFA MENANGI PERTANDINGAN KERCENGAN REMAJA BAWEAN 2014

KUMPULAN KERCENGAN MOSTOFA 
MENANGI PERTANDINGAN 
KERCENGAN REMAJA BAWEAN 2014




Kuala Lumpur - Kumpulan kercengan Mostofa telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 di Stadium Titiwangsa pada Rabu lepas 22 Oktober 2014. Ada lapan penyertaan untuk tahun ini telah berlangsung dengan jayanya.
Acara yang berlangsung sempena cuti umum hari Deepavali ini, telah menarik minat warga Bawean di Kuala Lumpur dan Selangor. Ada juga beberapa keluarga yang datang dari Singapura, Korea dan juga Indonesia semata-mata tidak mahu ketinggalan dalam acara itu. Acara yang dimulakan pada jam 9.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Ahli Perlimen Setiawangsa.
Berikut nama-nama kumpulan yang ikut serta:-
1. Kumpulan Nuruzzaman
2. Kumpulan Miftahul Falah
3. Kumpulan Nurul Hasanah
4. Kumpulan Mostofa
5. Kumpulan Khairun Najah
6. Kumpulan darul Ehsan
7. Kumpulan Jam'yah Al-Koramah
8. Kumpulan Nurul Huda
Kumpulan Mostofa menjadi juara untuk tahun 2014 mungkin kerana cara penampilan yang berbeza dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Kumpulan Mostofa juga baru pertama kali menyertai pertandingan kercengan ini, penari yang menampilkan barisan lelaki mengikut teradisi lama dengan gaya dan lenggok tangannya sangat mempersona. Mungkin dengan gaya yang kreatif itu membuat pihak juri tertarik dengan belaian tangan dan tariannya itu.

Pemenang yang kedua pula telah di takluk dari kumpulan Darul Ehsan yang di datangkan dari kampung paya Jaras hilir, Sungai Buloh. Kumpulan Darul ehsan juga telah dua tahun berturut-turut menyertai pertandingan ini dan selama dua tahun penyertaan, kumpulan itu telah mengondol dua kali di tempat kedua termasuk tahun ini. Rezki tak kemana kalau ada usaha lebih itu lah yang mereka dapat, tahniah untuk anda.
Stadium mulai penuh selepas waktu rehat, dengan kehadiran penonton yang ramai sesak di hadapan pintu stadium membuat pergerakan tidak lancar kerana kursi penuh dan ada juga terlihat mereka duduk di tangga tempat orang ramai lalu lalang. Dengan kehadiran penonton yang ramai, serta sangat memberangsangkan dengan mendapat sambutan yang sangat luar biasa untuk tahun ini mungkin kerana cuti umum dan juga mengenai pertandingan diperluas keserata tempat dengan segala Banner dan juga flyers diedarkan kesetiap serata perkampungan warga bawean.

Kumpulan Nurul Huda dari Kampung Mampir, Batu 18, Hulu Langat telah di nobatkan sebagai pemenang yang ke-3 pada pertandingan tahun ini dan kumpulan ini juga telah menang dalam busana paling cantik dan menarik. Untuk Vocal terbaik pula telah di rangkul oleh kumpulan Darul Ehsan dan pihak juri telah memilih mungkin kerana suara dan lenggok lagu yang kreatif serta suaranya yang lunak membuat juri tertarik.
Alhamdulillah, pertandingan untuk tahun ini sangat luar biasa dengan kehadiran warga Bawean ramai datang untuk menonton. Penghargaan terhadap gerak kerja terhadap anggota AOP dari awal hingga lah berakhirnya acara dan adanya mereka membuat acara itu berjalan dengan sempurna.-kkc












STADIUM TITIWANGSA BERGEGEAR DENGAN KEHADIRAN WARGA BAWEAN

STADIUM TITIWANGSA BERGEGEAR  DENGAN KEHADIRAN WARGA BAWEAN





Kuala Lumpur  - Stadium Titiwangsa bergegar pada rabu lepas, hampir 7 ribu masyarakat Bawean di Kuala Lumpur dan Selangor berduyun-duyun memenuhIkan perkarangan stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Acara Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 Piala Tan Sri Dr. Rais Yatim yang dianjurkan oleh Persatuan Bawean Malaysia, Yayasan Warisanegara dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini telah selesai tirainya. Untuk tahun ini ada 8 penyertaan sahaja kerana ada 3 kumpulan telah menarik diri beberapa minggu yang lepas sebelum event di adakan.

Acara Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 telah dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan setelah itu acara pun dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Dato' Ahmad Fauzi Hj Zahari. Kehadiran penonton pada acara tahun ini sangat memberangsangkan sekali stadium penuh ada juga sebahagiannya tidak mendapat tempat duduk hanya berdiri dan ada juga dilihat berdiri diruang hadapan stadium.

Mungkin kerana di malaysia cuti umum waktu itu dan lokasinya juga sangat strategik kerana acara dilakukan berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur memudahkan lagi masyarakat Bawean untuk datang ke acara itu.

Tepat jam 10.30 pagi, acara pertandingan di mulakan dengan persembahan pertama dari kumpulan Nuruzzaman yang didatangkan khusus dari Tmn. Setia, balakong, Seri Kembangan dan Persembahan yang kedua pula dari kumpulan Miftahul Falah dari Kg. Sungai Cinicin, Batu 7, Gombak. Kumpulan seterunya dari kumpulan Nurul Hasanah yang datang dari kampung Melayu Subang.

Kumpulan Mostofa dar Taman Keramat, Hulu Kelang pula membuat persembahan yang ke 4 dengan persembahan menarik dan lain dari yang lain. Kumpulan ini tidak menampilkan penari perempuan hanya dibarisi penari lelaki seperti gaya kercengan lama. Kumpulan Khairun Najah pula yang di datangkan dari Kampung Sungai Salak, Batu 9, Gombak membuat persembahan yang ke 5.

Majlis berhenti rehat rehat pada jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 petang.
Waktu rehat diserikan pula dengan persembahan qasidah dari kumpulan Ikkomah yang didatangkan khusus dari kampung Segambut dalam. Tepat jam 2.00 petang acara pun bermula, kumpulan seterusnya dari kumpulan darul Ehsan dari kampung paya Jaras hilir, Sungai Buloh.

Kumpulan Jam'yah Al-Koramah dari Kampung Kubu Gajah 13 telah membuat persembahan ke 7 dan waktu itu juga ketibaan Yg. Bhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf Pengerusi Yayasan Warisanegara tepat jam 3.00 petang.

Persembahan yang terakhir dalam Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 adalah dari kumpulan Nurul Huda dari Kampung Mampir, batu 18, hulu Langat. Kumpulan ini memakai pakaian warna emas cantik dan bersinar.

"Tan Sri Dr. Rais Yatim tidak dapat hadir pada waktu itu kerana ada urusan penting di luar negri."
Yg. Bhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal Hj. Talib selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak hadir dalam majlis itu kerana beliau ada acara bersama kepimpinan MIC dalam menyambut hari Deepavalli bersama masyarakat Hindu di Breakfield.

Sebelum penutupan ucapan penghargaan dari Tuan Haji Ahmad Nazar Salleh, KMW, PPN, BKT. sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bawean Malaysia dan juga ucapan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf selaku Pengerusi Yayasan Warisanegara.

Penutup Pertandingan Kercengan Remaja Bawean 2014 telah diserikan dendangan lagu dari Daly Filsuf artis keturunan Bawean Singapura dengan membawa lagu popularnya yang bertajuk Eson Phebien. Semasa Daly menyanyikan lagu Eson Phebien, para penonton bersorak gembira sambil menyanyi bersama-sama. Penonton juga berasa gembira ada yang berjoget kerana keasyikan mendengar lagu Eson Phebien dari Daly.




















WARGA BAWEAN MERASA KECEWA KERANA GUBERNUR TIDAK DAPAT HADIR

WARGA BAWEAN MERASA KECEWA 

KERANA GUBERNUR TIDAK DAPAT 

HADIR









Bawean  - Warga Pulau Bawean merasa kecewa kerana Gubernur Soekarwo tidak dapat hadir dalam rombongan pejabat Pemprov Jatim, yang bakal mengadakan Peringatan ulang tahun Nusantara XV di Pulau Bawean. 

Sebenarnya masyarakat Bawean mengharapkan kehadiran Gubernur Jawa Timur Soekarwo, tetapi dalam rombongan pejabat Pemprov Jatim yang datang hanya wakil Ketua Dalam Perhubungan Dinas, Perhubungan Bambang dan Ketua Bidang Kelautan Pesisir dan Pengawasan Fathur Rozak.

"kami mengharapkan ke datangan Lebai Karwo (Sukarwo) untuk merasmikan lapangan terbang dan tempat pelancongan di Pulau Bawean," kata Mohamad Amin, warga Kecamatan Tambak,

"Jika Gubernur sendiri tidak hadir, bermakna tidak ada keseriusan Gubernur untuk merasmikan lapangan terbang," tambahnya.

Lapangan terbang di Pulau Bawean menjadi inspirasi masyarakat Bawean untuk kelancaran pengangkutan dan peningkatan ekonomi.

"Sejak tahun 2013 sampai sekarang ini hanya diberi janji-janji oleh Kerajaan Wilayah yang mempunyai kuasa merasmikan lapangan terbang," lanjut Mohamad Amin.

kedatangan rombongan pejabat Pemprov Jatim dan Pemkab Gresik telah disambut dengan pencak silat khas Bawean.

Rombongan ini akan memperingati ulang tahun Nusantara XV di Pulau Bawean.
Dalam rombongan ini, Pemkab Gresik menghantar wakil Bupati iaitu Mohamad Qosim dan beberapa orang di Dinas Kebudayaan, Pariwisata, Pemuda dan Sukan (Disbudparpora), Dinas Pendidikan (Dindik), Dinas Kelautan, Perikanan dan Peternakan (DKPP) dan Jabatan Kesihatan.

Setelah rombongan turun dari kapal, beliau telah disambut dengan tarian tradisonal silat Pulau Bawean, kemudian bapak Fathur Rozak dan Wakil Bupati Mohamad Qosim diberikan selendang oleh seorang gadis yang lengkap berpakaian tradisi Bawean tanda beliau telah sampai ke Pulau Bawean.- datik.com





LIKU-LIKU SI PENJUAL AIS KRIM

LIKU-LIKU SI PENJUAL AIS KRIM




Jumaat / 30 Oktober 2014 - Menahan lapar dan dahaga di kala menjalankan tugas sebagai seorang pedagang ais krim spesial yang hanya di miliki oleh seorang yang bernama Hj Wari. Aku mencari belukar yang lapang untuk mencari sesuap nasi demi untuk menyara keluarga di rantauan. Itulah mungkin luahan Hj. Wari saat mula-mula ingin membuat bisnes sebagai seorang penjual ais krim.

Dahulunya bekerja sebagai buruh kasar atau bahasa pasarnya " pekerja kontrek" mengikut saudaranya. Dalam beberapa tahun beliau bekerja, beliau telah diberhentikan oleh majikannya kerana mungkin kurang memuaskan dalam kerjanya." ujar pak wari.

Bekerja sebagai kontrek sangat letih, penat lelah dengan dugaan panas dan hujan tidak dihiraukan. Sambil bekerja kontrek, dalam hati Hj. Wari telah mendapat ilham untuk membuat satu kerja yang jarang di buat oleh orang Bawean waktu ketika itu. Lalu beliau mengambil besi-besi di tempat kerjanya dan dibawa pulang kerumah. Kemudian besi-besi itu di olah untuk di jadikan penghadang dan alas agar boleh di lekatkan di basikalnya."jelasnya.

"Satu ilham yang ada di fikirannya waktu itu, ingin berdagang ais krim."

"Katanya lagi. Pada awal perniagaannya, beliau menjual ais krim berjaja dengan menggunakan basikal pada tahun 1984. Setiap hari Hj. Wari dengan mengayuh basikal pergi kesetiap penempatan orang Bawean dan tidak mengira jauh atau dekat semata-mata supaya jualannya laris.

Beberapa tahun jualannya bertambah laku dan saat itu terfikir untuk menukar kendaraan lain agar lebih cepat dan boleh sampai kemana-mana. Lalu Hj. Wari membeli kendaraan iaitu sebuah motosikal 4 lejang dan dengan motosikal itu, Hj Wari mengubah suai motosikalnya supaya ianya boleh menampung dua tong ais krim setiap hari untuk dibawa keserata tempat."Jelasnya lagi.

"Katanya, Sekarang alhamdulillah sudah 30 tahun berdagang ais krim, sampai kini masih dikejar-kejar oleh pelenggannya yang setia. Hampir tiap minggu Hj Wari menerima pesanan di setiap kenduri perkahwin dan jelasnya lagi tadi untuk hari ahad ini pada 26hb Oktober 2014 saja ada tiga tempat tempahan untuk di hantar iaitu ke Taman Melati, Kg. Pandan dan ke Bukit belacan.

Berikut adalah perbualan Wartawan KKC dengan Bapak Hj. Wari di kedai makan Mps berhampiran Kg. Nakhoda, Batu Caves. Pada mulanya, wartawan kami hanya terserempak dengan Hj. Wari yang sedang berhenti di kedai kesukaannya seperti gambar dibawah.Hampir setengah jam berbual-bual bersama Hj. Wari sementara menunggu pesanannya.

Kalau anda mahu tau, Hj. Wari tidak suka makan ayam dan katanya lagi, kalau makan ayam badannya akan merasa menggigil. Makanan kesukaannya nasi putih beserta sup daging dan airnya pula tea'O suam seperti yang anda lihat di bawah. Kalau tengahari pula Hj. Wari suka makan masakan Minang sebab makanan Minang banyak sayurnya dan enak."Katanya.

//Itulah perbualan wartawan kami saat berjumpa dengan bpk Hj. Wari. Semoga Hj. Wari di panjangkan usia dan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Amin.




DEMI UNTUK SESUAP NASI, SANGGUP MENEMPUH CUACA PANAS

 DEMI UNTUK SESUAP NASI, SANGGUP 
MENEMPUH CUACA PANAS


Kuala Lumpur - Kerja apa pun janji halal..!! itu ungkapan bagi orang Indonesia yang bekerja sebagai kontraction di negara orang. Sikap rajin dan tidak malas bagi warga ini memebuat kehidupan mereka ini dilimpahi dengan rezki yg melimpah ruah. Panas hujan yang membasahi diri beliau ini tidak dihiraukan yang penting kerja. Memang tak dinafikan kerajinan orang Indonesia di negara orang sangat bersungguh2 mencari nafkah. Kenapa sifat warga Indonesia berbeza dengan sifat Melayu kita disini..?

BAWEAN KAYA DENGAN SUMBER ALAM

BAWEAN KAYA DENGAN SUMBER ALAM





Kawasan padi di pagi hari nyanam dan segar yang ada hanya di Bawean tempat dimana ku membesar. Oh...!!! BaweanKU kini telah ku tinggalkan kau nanti akan ku pulang membawa kasih agar kau tetap tersemai di hati ku ini. Tunggulah kepulanganku BaweanKU sayang. Kata-kata kerinduan kau tetap berada di ingatanku







PENEMPATAN WARGA BAWEAN DI ULU LANGAT



PENEMPATAN WARGA BAWEAN DI ULU 
LANGAT


Ulu Langat, Selangor - Penempatan warga Bawean di Malaysia kebanyakan tidak ada yang rata semuanya yang Kuduk-Kuduk Channels perhati semuanya berada di ketinggian yang curam dan berbukit-bukit. Berikut di bawah adalah penempatan orang Bawean di Ulu Langat yang kami sempat ambil semasa ada urusan bersama sahabat disana. Tujuan kesana ingin mencari perkampungan orang Bawean disekitar ulu langat.

Mengikut pak cik yg kami temui, dulunya kawasan ini adalah kawasan pokok getah, warga bawean masuk kekawasan ini setelah rumah mereka di keramat permai diroboh oleh pihak DBKL.

Maka pada tahun 1996, mereka semua membeli lot tanah disini untuk dibuat rumah dan sampai sekarang kawasan perumahan disini masih aman."ujar pakcik.

Penduduk di kawasan ini tidak mendapat kemudahan seperti bas dan kereta api kerana perumahannya katanya di kawasan pedalaman. Pengangkutan awam yang masuk ke kawasan itu hanyalah teksi sahaja itu mungkin kerana pandu lalu menghantar penduduk di kawasan sini.

Mengikut kata pakcik lagi, tidak ada satu pun orang Melayu di kawasannya semuanya hanya orang Bawean sahaja.




ANANG TIDAK LUPAKAN MUSIK WALAU JADI BUPATI

Written By Unknown on Sabtu, 6 September 2014 | 9:13 PG

ANANG TIDAK LUPAKAN MUSIK WALAU

 JADI BUPATI







JAKARTA, INDONESIA - Artis Indonesia, Anang Hermansyah mengaku sulit meninggalkan dunia muzik selepas bergelar anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang disandang selepas memenanginya ketika pilihan raya umum legislatif lalu.

Menurut Tribunenews, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti yang kini berusia 45 tahun itu, secara terbuka mengaku dunia muzik sudah sebati dengan dirinya sejak kecil.

"Walaupun sukar tetapi saya akan tetap fokus memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana ia adalah amanah besar yang diberikan," katanya yang kini menjadi suami kepada penyanyi Ashanty.

Difahamkan, sehingga kini beliau masih berkarya, tetapi dilakukan selepas waktu kerja.-Bernama.





KYAI BAJURI YUSOF TELAH PULANG KERAHMATULLAH


KYAI BAJURI YUSOF TELAH PULANG 
KERAHMATULLAH

Innalillahi Wainnah Ilaihi Rojiun


BAWEAN - Berita sedih buat kita semua sebagai warga Bawean tidak kira dimana juga anda berada. KKC baru sahaja menerima berita yang menyedihkan dari Media Bawean mengenai KH. BAJURI YUSUF yang telah meninggal dunia.
KH. BAJURI YUSUF adalah seorang Pengasuh Pondok Pesantren Hasan Jufri Lebak. Beliau telah meninggal dunia pada pukul 5.30 ptg tadi (3 September 2014) di Rumah Sakit Umum Daerah Dr. Soetomo Surabaya.

Semoga amal ibadahnya diterima disisi-Nya dan mendapat ampunan dari Allah SWT.

Allahyarham Kyai Bajuri telah selamat dikebumikan.
Alhamdulillah acara pengkebumian Kyai Bajuri telah selamat siang tadi dengan dihadiri pelbagai lapisan masyarakat Bawean. Jenazah di bawa ke Bawean dengan menaiki kapal KMP GILI IYANG yang besar kerana lautan Jawa dan Bawean agak membimbangkan dengan gerakan ombak. Tibanya di Bawean sekitar jam 5.00-6.00 waktu Bawean.

Dari darmaga jenazah diangkut menggunakan kereta khusus yang didatangkan dari Jawa. Jenazah terus dihantar ke pondok pesantrian dimana tempat beliau mengajar untuk dipersembahkan kepada anak murid dan orang ramai. Tetamu yang menunggu kehadiran jenazah dianggarkan 5ribu orang.

Mohon doa seluruh warga Bawean tidak kira dimana anda berada agar arwah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan bersama2 orang yang masuk syurga. Aminnnn




BERITA LANJUT

BERITA SENSASI

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]