bule anakna oreng phebien . PENEMPATAN WARGA BAWEAN DI ULU LANGAT - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » PENEMPATAN WARGA BAWEAN DI ULU LANGAT

PENEMPATAN WARGA BAWEAN DI ULU LANGAT

Written By Unknown on Jumaat, 31 Oktober 2014 | 2:04 PG



PENEMPATAN WARGA BAWEAN DI ULU 
LANGAT


Ulu Langat, Selangor - Penempatan warga Bawean di Malaysia kebanyakan tidak ada yang rata semuanya yang Kuduk-Kuduk Channels perhati semuanya berada di ketinggian yang curam dan berbukit-bukit. Berikut di bawah adalah penempatan orang Bawean di Ulu Langat yang kami sempat ambil semasa ada urusan bersama sahabat disana. Tujuan kesana ingin mencari perkampungan orang Bawean disekitar ulu langat.

Mengikut pak cik yg kami temui, dulunya kawasan ini adalah kawasan pokok getah, warga bawean masuk kekawasan ini setelah rumah mereka di keramat permai diroboh oleh pihak DBKL.

Maka pada tahun 1996, mereka semua membeli lot tanah disini untuk dibuat rumah dan sampai sekarang kawasan perumahan disini masih aman."ujar pakcik.

Penduduk di kawasan ini tidak mendapat kemudahan seperti bas dan kereta api kerana perumahannya katanya di kawasan pedalaman. Pengangkutan awam yang masuk ke kawasan itu hanyalah teksi sahaja itu mungkin kerana pandu lalu menghantar penduduk di kawasan sini.

Mengikut kata pakcik lagi, tidak ada satu pun orang Melayu di kawasannya semuanya hanya orang Bawean sahaja.




Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]