bule anakna oreng phebien . ROKOK2 ATAU PHUNTHUK2 CAKNA ORENG PHEBIYEN - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » ROKOK2 ATAU PHUNTHUK2 CAKNA ORENG PHEBIYEN

ROKOK2 ATAU PHUNTHUK2 CAKNA ORENG PHEBIYEN

Written By Unknown on Sabtu, 10 Mei 2014 | 3:56 PG


ROKOK2 ATAU PHUNTHUK2 CAKNA 

ORENG PHEBIYEN





Bercakap tentang bahan masakan kampung, pada hari ini saya akan berkongsi cerita tentang lepat pisang. Makanan yang akan saya kongsi adalah satu resepi tradisional orang Bawean iaitu rokok2 atau lepat pisang.

Lepat adalah sejenis makanan yang dibungkus dari bancuhan tepung. Bahan-bahan utama yang sesuai dicampurkan dalam adunan tepung itu adalah seperti pisang dan ubi kayu.

Semuanya diadun sebati, Makanan ini berasa manis. Bahan-bahan tadi akan di balut dengan daun pisang yg telah dilayukan (dipanggang atas api sehingga layu atau direbus dengan menggunakan air panas.


Lepat merupakan satu menu makanan yang sangat saya suka terutama kalau lepat dibuat daripada pisang. Kebiasaannya kalau orang Bawean membuat lepat ini apabila ada kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran. Bagi orang Bawean, bila ada perkahwinan memang tak sah kalau tidak ada lepat. Lepat ini lah yang membuat mereka gembira kerana cara membuatnya dibuat secara beramai-ramai.


Mungkin juga kerana lepat lah majlis itu lebih meriah dibandingkan dengan makanan lainnya. lepat ini juga lagi selera dimakan bila dihidangkan bersama kopi pasti bebungkus-bungkus saya habiskan.

Kata emak saya, untuk membuat lepat paling penting adalah sukatan airnya tidak boleh terlalu sedikit kerana ia akan mengeraskan lepat dan tidak boleh juga terlalu banyak kerana ia membuat lepat lembik serta tidak cantik bentuknya.

Keduanya, daun pisang perlu dilayukan atas api sehingga ia lembut. Ini bagi memudahkan anda untuk melipat adunan lepat itu nanti. Jadi daun tidaklah pecah apabila melipat adunan.


Teknik melipat juga tak kurang pentingnya. Emak saya kata lagi, perlu melipat lepat dengan kemas supaya tiada adunan yang meleleh keluar.Akhir sekali kukus lah sehingga lepat masak dan pastikan air anda mencukupi semasa mengukus lepat itu.


Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]