bule anakna oreng phebien . PRESIDEN KITA TELAH PULANG KE KERAHMATUALLAH - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » PRESIDEN KITA TELAH PULANG KE KERAHMATUALLAH

PRESIDEN KITA TELAH PULANG KE KERAHMATUALLAH

Written By Unknown on Sabtu, 10 Mei 2014 | 6:11 PTG


PRESIDEN KITA TELAH PULANG KE

 KERAHMATUALLAH







Malaysia, Selasa / 06 Mei 2014 - Innalillahiwainnailaihirajiun. Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM), Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital KPJ Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. Pada malam ahad yang lalu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di unit rawatan korinari (ccu).

Media kami sempat kesana pagi tadi setelah mendapat berita dari saudara Azroy Manaf dan Aron Pertaje. Sampai disana terserempak dengan anak perempuannya langsung bertanya kepada anak perempuan Datuk Aziz iaitu kak Sandakiah. Kak Sandakiah memberitahu, Datuk Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anaknya, menantu dan seorang cucunya di hospital KPJ Kajang.
Beliau memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung," kata anaknya.

Kak Sandakiah mengesahkan jenazah Allahyarham bapanya akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Kerana Abangnya tinggal dijohor dan abangnya baru sahaja sampai kesini pagi tadi setelah mengatahui ayah telah meninggal. Allahyarham juga akan dimandikan di surau Al-Amin berdekatan rumahnya dan kemudian akan dihantar kemasjid baru berhadapan AEON BIG dan akan disembahyangkan disana nantinya. Pengkebumian Allahyarham mungkin akan kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Cheras Perdana selepas Zuhur,"jelas anaknya lagi.

Sewaktu media KKC berada surau dimana Allahyarham akan dimandikan, kami telah berjumpa ramai artis-artis dan artis veteran seusianya datang berkunjung untuk kali terakhir. Turut kelihatan waktu itu Ketua kampung Masyarakat Kuduk-Kuduk di Malaysia iaitu Bpk Salehan, Bpk Madani dan bpk Wadi.

Ketibaan Dato Seri Rais Yatim selaku Menteri kebudayaan dan kesenian Malaysia sekitar pukul 11.11 pagi ketika Allahyarham sedang dimandikan. Ketibaan beliau ke tempat itu telah menarik perhatian para wartawan yang datang berkerumun bertanya dan minta pendapat dan sebagainya. Wartawan yang kelihatan pagi tadi ialah seperti Utusan, Al Hijrah, TV9, Astro Awani, Harin Metro, Sinar Harian dan TV3.

Siapa pula agaknya yang akan menggantikan Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM) nanti untuk menerajui penerus bangsa Bawean yang ada di Malaysia ini.





Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]