bule anakna oreng phebien . CARA KEMPEN PROBOWO DISELAR - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » CARA KEMPEN PROBOWO DISELAR

CARA KEMPEN PROBOWO DISELAR

Written By Unknown on Sabtu, 10 Mei 2014 | 3:33 PG


BERITA LUAR NEGARA

Cara kempen Prabowo diselar

Jakarta: Tindakan ketua parti Gerakan Indonesia Raya (GERINDRA) Prabowo Subianto menggelar calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk pilihan raya presiden Julai depan, Joko “Jokowi” Widodo sebagai ‘calon presiden boneka’ disifatkan sebagai ‘melampau’.

Pemerhati komunikasi politik dari Universiti Pelita Harapan, Tipta Lesmana ketika bercakap di satu majlis diskusi ‘Siapa Dalang dan Wayang Calon Presiden 2014’ di Jakarta semalam berkata, dia melihat tuduhan yang dilemparkan Prabowo sebagai sadis.

“Jika benar pun ada pertelingkahan antara kedua-dua parti itu, Prabowo sepatutnya lebih bersopan santun,” katanya.

Prabowo sebelum ini menyifatkan Jokowi sebagai boneka ketua parti PDI-P Megawati Sukarnoputri dan mengecam parti itu kerana tidak menunaikan janji sebelum ini bagi menyokong pemimpin GERINDRA terbabit sebagai calon presiden.

“Pemimpin sebenar tidak akan memaparkan kebenciannya terhadap calon lain. Kempen bukan untuk menunjukkan kebencian dan meluahkan sakit hati pada lawan mereka,” kata Tipta.

Dia mengesyorkan Prabowo menghentikan tindakan menyerang peribadi Jokowi bagi mengelak sokongan terhadapnya terus merosot.

“Kalau ada kemarahan dalam politik, itu memang wajar. Tetapi Prabowo sepatutnya menyampaikan misi dan wawasan GERINDRA untuk menang. Bukan mengecam lawan atau parti lain,” katanya.

Sementara itu, Jokowi ketika berkempen di Sukabumi berkata, dia tidak pernah terbayang untuk menjadi calon presiden, apa lagi Presiden Indonesia.

“Saya tidak melakukan apa-apa untuk menjadi calon presiden. Malah perisytiharan saya sebagai calon juga dilakukan amat sederhana jika dibandingkan dengan calon lain. Yang ada bersama saya ketika itu hanya bendera Indonesia. Tidak ada tokoh besar,” katanya. -Jakartapos.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]