bule anakna oreng phebien . BERAS, KAPPHI GHI ? - Kuduk-Kuduk Channels
Home » » BERAS, KAPPHI GHI ?

BERAS, KAPPHI GHI ?

Written By Unknown on Sabtu, 10 Mei 2014 | 5:53 PTG

BERAS, KAPPHI GHI ?





 

Malaysia - Kami juga menyedari bahawa ramai anak orang Bawean yang generasi muda tidak dapat memahami bahasa Bawean, apa lagi bercakap. Kami sangat bertuah kerana dibesarkan dalam isi rumah di mana datuk nenek kita bertutur dalam bahasa Bawean. 

Ibu bapa kita secara kebanyakan pun menggunakan kata-kata Bawean walaupun bila bercakap kepada kita dalam Bahasa bercampur. Malah, ada begitu ramai kadang-kadang bila orang tua kita bercakap sampai tersalah cakap, sehingga berbahasa itu jadi bahasa rojak.

Dalam keluarga kita, kadang-kadang bercakap bahasa bawean dan Melayu. Sebab itu, Bahasa di facebook kami ini bercampur-campur jugak. kepada yang tak faham atau kurang faham, cuba bertanya pada kami, Insyaallah kami akan membantu.

Kita sebagai keturunan orang Bawean sangat beruntung sekali kerana dapat memahami dan bertutur bahasa Bawean yang mungkin bangsa lain tidak faham. Seperti mana kita tidak memahami bahasa India dan cina maka itu kita juga perlu pertahankan bahasa ibunda kita.

Bersyukurlah bapak kamu datang ke Malaysia, kamu pula dilahirkan di sini dan menjadi rakyat Malaysia. Apakah kerana kamu lahir disini dan menjadi warganegara Malaysia, lalu sombong dan bongkak sehingga tidak mengaku anak orang Bawean.

Walaupun sedikit sebanyak faham bahasa Bawean tapi kenapa kamu tidak mahu dan ingin untuk memcuba berbahasa Bawean, bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa. Memang orang tua kita tidak memaksa untuk kamu bercakap bahasa Bawean, tapi cuba-cubalah belajar untuk kesenangan anda juga bila contohnya bila kamu diejek oleh orang lain lalu kamu boleh mengejek balik dengan loghat Bawean. Tak mungkin mereka faham bahasa kamu itu, melainkan dia anak orang bawean.

Kami disini berharap sangat sapa-sapa yang dirinya kurang tahu atau kekok untuk berbahasa Bawean supaya jangan malu untuk bertanya kepada rakan-rakan kami di sini. Selagi kamu semua masih berdarah Bawean, Bibik dan mamanganda tak akan hilang dari percakapan dari mulut anda semua.


_kempen bercakap bahasa ibunda


Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
.
 KUDUK MEDIA KKC : Informasi komuniti bawean
© 2010 - 2015. Kuduk-Kuduk Channels - Hak Cipta Terpelihara
KHABAR ORANG BAWEAN
Hantar Maklumat [ keluar ]