SELAMAT TAHUN BARU 2014
Pejam celik, pejam celik 2013 semakin menghampiri penghujungnya.
Bermakna tahun 2014 akan menyusul selepas ini dengan 1001 cerita.
Selamat tinggal tahun 2013 apa azam anda untuk tahun akan datang ini.
Cerita lalu akan ditinggal jauh segala kekesalan, kekecewaan, kegembiraan pasti akan di kenang sampai bila2 jadi apa azam baru anda untuk tahun 2014 ini.
Setiap orang mesti mempunyai peristiwa yang tak mungkin dilupakan.
Pelbagai perancangan dan strategi akan diatur untuk memastikan azam yang diimpi berjaya dicapai.
Mungkin tidak kurang juga, ada yang terpaksa melupakan azam mereka kerana mustahil untuk digapai dan tidak kurang pula ada yang membawa azam tahun ini ke tahun hadapan.
Oleh itu, kami ingin mengatahui apa azam anda. Jom berkongsi2 cerita, apa azam anda bagi tahun 2014.
*kami di KKC mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan2 semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan