MAJLIS MAULIDUR RASUL ANJURAN PBM, AOP DAN PENDUDUK ORANG BAWEAN DI BALAKONG
Datuk Hj Abdul Aziz Bin Satar |
Media : Kuduk-Kuduk Channels
Pengerusi Anak oreng Pebien (AOP), Abang Azroy berkata, program
itu yang julung kali diadakan bersama Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan
penduduk Taman Setia Ehsan berjaya mengumpul lebih 500 orang pada malam itu.
Walaupun pada majlis
itu berada dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat para hadirin
yang hadir pada malam itu. Orang ramai tetap menunggu sehingga majlis itu
selesai sambil mendarma untuk membantu rakyat Palestin yang sedang di tindas oleh israel laknatullah.
Menurutnya, selain menguatkan persefahaman dan mengeratkan
silaturrahim penduduk, Persatuan Bawean
Malaysia (PBM) juga dapat mendekati golongan belia anak orang Bawean di
Malaysia iaitu anak muda penduduk perumahan disitu yang mejoritinya orang
Bawean dengan aktiviti keagamaan.
Majlis pada malam itu
telah dirasmikan oleh Presiden (PBM) iaitu Datuk Hj Abdul Aziz Bin Satar serta
ketua-ketua (PBM) lainnya. Turut hadir dalam acara tersebut adalah ketua UMNO bahagian
Balakong dan penduduk taman perumahan disitu.
“Dalam pada itu, ia juga dapat mengingati Baginda junjungan
besar Rasulullah SAW selain meneruskan tradisi Penceramah undangan yang di bawa khusus dari Bawean.
Pada siang harinya, persatuan penduduk perumahan disitu dengan sokongan dari Anak oreng Pebien (AOP) telah
membuat satu program khusus supaya sambutan ini lebih meriah dengan mengadakan
pertandingan tarik tali, membaling belon, meniup tepung dan banyak lagi.oleh media
Kuduk-Kuduk Channels.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan