BILA BERCERITA KETURUNAN
Ditulis Oleh: Djoko
Tarikh: 30 November 2012
Tarikh: 30 November 2012
Tempoh hari ada Cikgu aku yang berbincang mengenai latar
belakang pelajar. Melihat bagaimana ia boleh mempengaruhi perilaku dan nilai
seseorang pelajar di dalam kelas. Ya, mungkin teori-teorinya mungkin boleh
digunakan. Mungkin juga tidak relevan.
Ngilu juga aku hari tu. Bila dia mengeluarkan kenyataan,
"ya orang-orang keturunan Boyan terkenal dengan sikap rajinnya. Tapi mereka
adalah pendatang."
Pedih aku terbayang mesti ada yang anggap mak bapak aku
datang ke Malaysia menaiki bot. Berasak-asak menyelinap di balik semak-semak.
Berkerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah malam-malam dengar lagu
dangdut koplo.-Haish....
Dalam kelas aku, aku anggarkan. Cuma ada sekitar 3 orang
yang berketurunan Boyan. Aku, Si Mamat dan Aisyah . Aku yakin mereka pun
berdenyut jugak dalam hati.
Sedikit terluka sebenarnya bila masih ada yang menganggap
orang yang berketurunan Boyan ini masih lagi pendatang biarpun sudah punya kad
pengenalan serba 'canggih' warna biru. Tapi perkara ni aku tak ambil kisah
sangat sebenarnya. Cuma sekadar nak berkongsi. Tentang pandangan orang lain
terhadap mereka yang berketurunan Boyan.
"Sebelum tu, ada juga seorang kawan dari Pantai Timur
yang mengatakan kepada aku, "Sebenarnya saya seram jugak nak kawan dengan
awak. Orang kata, orang Boyan ni banyak ilmu (hitam)."Pulak.
Hmm....... Tak kisah lah orang nak anggap aku apa sekali
pun. Aku tak rileks je. Cuma kadang-kadang sedih jugak. Macam-macam rupanya
orang anggap orang Boyan ni. Macam lah orang Boyan ni hina sangat. Ada pulak yang
samakan keturunan Boyan kat Malaysia ni sama je macam yang kat Indonesia sana.
Tapi, kalau ada ciri yang sama pun, aku kisah apa. Hina sangat ke orang
Indonesia berbanding dengan orang Malaysia? Kenapa? Geli eh? Dah, tu. Bagus
sangat ke orang Malaysia ni?
Yang kau terlalak dengan ring tone lagu-lagu Indonesia tak
geli pulak? Berkaraoke bagai nak tercabut anak tekak nyanyi lagu Radja tak apa
pulak? Tak jijik lah pulak? Cis. Takkan melayu hilang di dunia konon. Hang Tuah
tu pun entah ke mana. Orang kata dia pergi pasar lepas tu tak balik-balik sampai
hari ni. Sudah la Hang Tuah. Nak tunggu kontrek ribu-ribu la tu." luahan ku di dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan