BILA ADA ORANG BAWEAN KAHWIN
MESTI ADA LATO
30 November 2012 - Pada setiap hujung minggu adalah rutin harian masyarakat Bawean di Malaysia melakukan majlis perkahwinan. Hari minggu di pilih karana pada hari itu semua orang tidak ada yang bakerja karana pada hari itu cuti hujung minggu jadi kesempatan tersebut di gunakan untuk membuat majlis perkahwinan.
"Majlis perkahwinan secara tidak langsung menjadi titik silaturrahim orang-orang Bawean di Malaysia, semua sanak saudara yang dari dekat mahu pun yang dari jauh semua berkumpul menghadiri acara tersebut. Konsep masakan tradisional Bawean tetap di sajikan di mana saja orang Bawean berada pada setiap acara majlis perkahwinan pasti ada LATO, (sejenis rumput laut rasa sedikit masin dan boleh terus di makan) sakor-sakor LATO menjadi makanan penting dalam acara majlis perkahwinan Bawean yang merantau.
Mungkin di Bawean LATO tidak begitu bermakna tetapi di Malaysia LATO ini telah menjadi makan penting yang menunjukkan kita dari bangsa Bawean, LATO akan terus ada dan ada di setiap majlis perkahwinan walaupun cara mendapatkannya sangatlah susah. Kebiasaannya Lato di ambil di Port Dickson selain masakan, seni budaya Bawean juga tidak ketinggalan, dalam seni bela diri atau dikenali sebagai pencak pangantin. Pencak dan kompang (kercengan) senantiasa bergema menjelang kedatangan pengantin lelaki.
Inilah kegigihan masyarakat Bawean di Malaysia demi untuk mempertahankan budaya yang ada, sekarang tinggal tugas kita untuk diteruskan oleh generasi muda Bawean supaya nantinya seni budaya Bawean tidak hanyut dan hilang di tinggal zaman.-kkc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan